Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hadiahkan PS2, Dibalas Dengan Kereta Honda 15 Tahun Kemudian



15 tahun lepas, seorang lelaki menghadiahkan sebuah PlayStation 2 kepada dua orang anak saudaranya, namun dia tidak mengharapkan sebarang balasan.

Ketika itu, lelaki pemurah itu menghabiskan kesemua gaji bulannya yang berjumlah US$400 (RM1,713) untuk membeli hadiah tersebut.

15 tahun kemudian, lelaki itu dihadiahkan sebuah kereta oleh salah seorang kanak-kanak itu yang kininya sudah berusia 24 tahun dan mempunyai bisnes yang berjaya.

Steven Ng, seorang usahawan di Kickstarter, berjaya meraih US$400,000 (RM1.7 juta) dengan menjual jam mewah serta barang-barang lain.

Susulan kejayaan itu, Steven dan adiknya membelikan kereta Honda kepada pakciknya sebagai tanda terima kasih.

"Ia merupakan satu hadiah(PS2) yang sangat mengujakan kerana kami tidak dapat apa-apa mainan ketika membesar." tulis Steven.

"Dia menghabiskan semua wang gajinya sebanyak US$400 (ya, kami sangat miskin ketika itu) semata-mata untuk membuatkan kami gembira.

"Kami berjanji untuk membalasnya dan hari ini kami belikan dia sebuah SUV." tulis Steven di Facebook.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli