Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guna 3 Bahan Je Dah Boleh Dapat Sehingga 64 Biji, Ini Cara Macam Mana Nak Buat Tauhu ‘Homemade’

2 ulasan

Selalunya kalau nak masak apa-apa, kita mesti beli bahan dekat pasaraya yang mana ia akan jadi rutin kita setiap minggu, untuk menambah barang-barang yang berkurangd ekat dapur.

Bukan itu saja, sama juga dengan tauhu yang mana kita selalunya beli yangd ah siap dekat pasar basah atau pasaraya, dan selalunya beli beberapa paket dan selebihnya akan simpan.

Kalau boleh buat sendiri mungkin lebih mudah, mana tahu berniat untuk berniaga tauhu sumbat atau tauhu bakar ke. Resepi dan cara telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin, apa yang tinggal nak buat saja. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.

Cara Buat Tauhu Homemade

Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..

BAHAN-BAHAN:

a. 3kg kacang soya

b. 18 liter air

c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) - serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

CARA MEMASAK:


1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.

2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.

3. Masak susu soya hingga mendidih.


4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.

5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.


6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak

7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.


8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.




Tip Tambahan

Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

Kalau ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyk bila diperah.

Selamat mencuba.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli