Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gemar Menggunakan Filter Gelap? Jika Ya, Anda Mungkin Mengalami Kemurungan

2 ulasan

Instagram sentiasa menjadi pilihan untuk memuat naik gambar yang menarik. Tapi tahukah anda bahawa penggunaan filter gelap, gambar yang kebiruan, dan "less-saturated", menunjukkan bahawa seseorang itu kemurungan? Menurut satu kajian yang diterbitkan di EPJ Data Science, menunjukkan seseorang itu sedang bergelut dengan kesihatan mental.

Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan sampel seramai 166 individu, 71 daripadanya didiagnos mengalami kemurungan. Jumlah keseluruhan daripada 166 akaun ini adalah sebanyak 43,000 gambar. Apa yang mereka lakukan adalah, memberi akses kepada akaun Instagram peribadi yang mereka miliki.



Gambar ini telah dianalisis menggunakan model komputer khusus yang mampu meneliti setiap pixel warna, metadata dan pengecaman muka tanpa mengambil kapsyen gambar tersebut. Kemudian, data-data ini diramal sama ada pemilik akaun Instagram tersebut mengalami kemurungan atau tidak.

Apa yang terjadi, data-data ini dapat mengenal pasti mereka yang mengalami kemurungan dengan peratus sebanyak 70%. Menurut kajian sebelum ini, hasil peratus ini adalah melebihi peratus pengenalpastian masalah kemurungan oleh doktor biasa yang hanya 50% ketepatannya.

Menurut Chris Danforth, seorang profesor komputer lanjutan di University of Vermont dan pengarang bersama kajian ini, tujuan mereka melakukan kajian ini adalah kerana ingin mengenalpasti perilaku yang ditunjukkan oleh pengguna tanpa mereka sedari.



Komputer tersebut mengenal pasti gaya yang dipamerkan oleh pengguna Instagram yang mengalami kemurungan. Gambar-gambar mereka lebih cenderung agak kelabu, gelap dan kebiruan. Gambar tersebut juga tidak mempunyai banyak komen dan kurang likes.

Dan apabila mereka menggunakan filter, mereka lebih suka memilih Inkwell (filter hitam dan putih) manakala yang lain lebih suka filter Valencia. Bar yang berwarna biru mewakili penggunaan filter Instagram yang tidak seimbang oleh peserta yang mengalami kemurungan berbanding peserta yang sihat, manakala bar merah menunjukkan penggunaan filter Instagram oleh peserta yang sihat mentalnya.

Tambahan lagi, mereka yang berhadapan dengan kemurungan lebih suka memuat naik gambar wajah, namun mempunyai bilangan wajah yang kurang dalam satu-satu gambar, yang menggambarkan mereka selalu, atau lebih suka berseorangan.


Walaupun statistik analisa ini menunjukkan hubungan yang sangat kuat, namun Chris Danforth menjelaskan yang ini adalah kajian dalam skala yang kecil, dan pastinya tidak mewakili seluruh populasi secara mutlak.

"Konsep ini telah terbukti, dan bagi mereka yang melalui kajian ini, data-data ini adalah sangat tepat. Namun sama ada ia akan memberikan keputusan yang sama jika diinterpretasikan terhadap individu lain, itu kita tidak tahu," jelas Professor Chris Danforth.



Walau apa pun, kajian ini semestinya menyumbang kepada kajian yang sedang berkembang yang menganalisa media sosial bagi membuat ramalan mengenai kesihatan mental.

Dalam satu kajian berlainan, analisa tersebut dapat mengenalpasti ibu-ibu yang mempunyai risiko mengalami kemurungan postpartum (kemurungan selepas bersalin), dengan ketepatan sebanyak 71%. Kajian-kajian lain mengguna metadata seperti jumlah bilangan tweet yang dibuat oleh seseorang dalam sehari bagi mengenalpasti risiko kemurungan.



Juga terdapat bukti yang agak kuat yang menunjukkan mereka yang mengalami kemurungan lebih sukakan warna yang gelap dan kurang sensitif terhadap warna, yang mana mereka melihat dunia seperti tidak berwarna.

Jadi, adakah jika rakan anda memuat naik gambar hitam putih di Instagram bermakna mereka mengalami kemurungan. Tidak semestinya. Namun, dengan mengambil kira konteks data yang ditunjukkan di media sosial setiap hari, anda boleh mendapatkan idea mengenai apa yang berlaku di sebalik sesuatu gambar atau post.


Sumber

1. Vice
2. Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli