Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gamit Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu, Buah Yang Sukar Untuk Ditemui Kini

One Comment

Bagi mereka yang membesar dengan suasana kampung, pasti mempunyai kawasan laman yang luas atau pun kebun untuk menempatkan tanaman, sama ada sayur-sayuran juga buah-buahan. Kalau diwaktu kecil dahulu, mungkin di zaman ayah dan atok kita, mereka pasti akan menceritakan mengenai apa yang seronoknya di zaman itu.

Apa yang pasti, menikmati buah-buahan yang kini amat sukar untuk buat generasi baru. Jika ditunjukkan gambar atau disebut nama, anak-anak kecil era kini tidak dapat mengenali akan buah tersebut.

Mereka kini dibesarkan dengan buah-buahan eksport yang mana diuar-uarkan ianya lebih baik dan berkhasiat. Kalau di pasaraya besar pun, buahan-buahan tempatan yang ada hanya yang mudah dijumpai, bukan buaha-buahan sewaktu kita kecil dahulu.

Kalau ikutkan, pokok ini mungkin amat sukar untuk ditemui kini, mungkin boleh dikatakan sudah pupus drai kampung, kalau ada pun dah tak banyak. Sebenarnya buah-buahan tersebut mempunyai khasiat untuk kesihatan yang tinggi dan diamalkan orang-orang terdahulu. 

1. Buah Keranda @ ghanda (Gardenia carinata)




Buah ini ada banyak di Subang Bestari sebagai pokok hiasan tepi jalan tapi orang di situ ramai tidak tahu buah tersebut boleh dimakan. Pokok ini memang sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang cantik.

2. Buah Rambai (Baccaurea motleyana)



Rasa buah ini ada masam dan ada yang manis tetapi amat berkhasiat. Kulit pokok rambai juga boleh di jadikan losen dan ianya didakwa mujarab untuk menyembuhkan sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya.

Seperkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus, kerana rambai memang diketahui banyak mengandungi Vitamin C yang tinggi selain dari mengandungi serabut, gula, protin dan air.

3. Buah Namnam @ Buah Katak Puru (Cynometra cauliflora)



Buah namnam ni rasanya masam manis tidak seperti buah mangga juga dan tidak pula macam buah nona tetapi sangat sesuai sangat untuk orang mengidam.

4. Buah Keranji (Dialium indum)



Buah yang agak di kenali dan boleh didapati dengan mudah di sempadan Malaysia-Thailand kerana masih ada dijual di sana dalam bentuk buah segar atau asam gula.

5. Buah Cermai (Phyllanthus acidus)



Buah cermai adalah sejenis buah yang berbuah di batang yang selalu di kutip dan dijadikan jeruk dan halwa. Buah direbus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. 

Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang sedap. Buah cermai juga boleh dimakan segar dengan dicecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman.

Kalau diikutkan petua oleh nenek moyang, akar pokok cermai yang direbus dengan air bersih dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala.

6. Buah Kote Mamak (Samanea Saman)



Mungkin namanya agak lucah tapi buah ini sebenarnya boleh dimakan dan sangat sedap apa lagi jika dimakan bersama kelapa parut. Terdapat kandungan cecair pekat seperti madu yang rasanya manis maung menyaluti bijinya. Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam.

7. Buah Nona (Annona squamosa)




Buah yang manis dan sedap, isinya seolah-olah seperti isi durian belanda. Buah ini boleh didapati sepanjang tahun tidak mengikut musim.

Daunnya pokok buah nona juga berguna di mana ianya boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak bernanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, rawatan penyakit cirit-birit.

8. Buah Bachang @ Machang (Mangifera foetida Lour)



Bacang adalah pokok yang tumbuh meliar di hutan dan ada yang ditanam sekitar rumah di kawasan kampung. Pokok ini yang mempunyai batang lurus mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter. 

Bacang berbuah mengikut musim iaitu sekali dalam setahun. Buah bacang biasanya dimakan segar setelah buah masak. Buah bacang yang telah masak, berbau harum dan akan gugur dari tangkainya. Buah bacang juga digunakan sebagai bahan utama dalam sambal dan kerabu.

Buah bacang yang masih muda mengandungi bahan toksik dan boleh menyebabkan bibir, mulut, lidah dan kerongkong gatal atau lecur kalau dimakan mentah. Getahnya akan menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit. Getah yang terdapat pada daun, kulit dan pokok bacang juga mengandungi toksik yang memberi kesan sampingan kepada kulit sensitif.

9. Buah [email protected] kerukup(Flacourtia jangomas)



Buah ini seakan-akan sama dengan buah rokam. Tapi bukan bukan rokam. Sekarang ni dah susah nak jumpa dah pokok kerkuk ni.

Sebelum makan, kena gentel-gentel dulu sampai lembik. Kalau tidak, rasanya kelat. Kalau dah lembik barulah manis.

10. Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa)



Kemunting menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang dimakan mentah atau boleh dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini memang sedap dimakan. 

Buah yang masih mentah lazimnya rasanya kelat dan pokok yamg ditanam akan menghasilkan buah manis berbanding dengan pokok yang tumbuh liar. 

Pokok kemunting juga mengandungi tar kayu yang digunakan sebagai pewarna hitam iaitu tujuan komestik untuk menghitamkan bulu kening dan juga mencuci gigi

Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna membantu dalam kesihatan badan. Daun kemunting pula boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan kemudian mampu menyembuhkan luka-luka.

11. Buah Jambu Jol (Eugenia malaccensis)



Buahnya kehijauan putih ketika muda akan bertukar merah tua, merah campur putih dengan isinya berwarna putih dan lembut serta 'spongy'. 

Rasanya manis masam ketika muda dan manis ketika cukup masak. Bijinya agak besar yang berbentuk bulat terdapat ditengah-tengah, buah berwarna coklat keputihan dan mudah tumbuh jika disemai. 

Pokok yang ditanam dari biji berbunga dan berbuah selepas 5-7 tahun ditanam, tetapi jika ditanam dari benih tampang berbuah lebih cepat iaitu selepas 3 tahun ditanam

Buah jambu bol dimakan segar mentah atau dicecah dengan garam atau asam boi untuk menambahkan kelazatannya.

Ada yang buat rojak petis dan diproses jadi halwa, jem, jus atau jem buah jambu bol. 

12. Kacang tanduk




Sejenis pokok yang tumbuh di dalam air seperti pokok telipuk dengan terpung dan akar berjurai ke bawah. Buah kacang tanduk ini berbentuk seperti kepala kerbau dan tumbuh di dalam air. 

Hampir sama konsep buah kacang tersebut keluar cuma di dalam tempat yang berbeza. Kacang tanah mengeluarkan buah kacang dalam tanah di akar-akarnya tetapi buah kacang tanduk mengeluarkan buah di dalam air di akar-akarnya. 

Rasa buah kacang ini amat sedap dan berlemak. Boleh di makan segar atau di rebus.

13. Buah Jentik (Baccaurea polyneura)



Buah yang unik untuk dimakan kerana apabila hendak makan, anda perlu menjentik buah tersebut dan kulitnya akan terkeluar.

14. Buah Remia @ ghemia (Bouea macrophylla)


Buah ini adalah satu spesis dengan buah kundang, cuma bezanya adalah dari segi bentuk di mana buah remia adalah bulat manakala buah kundang berbentuk bujur.

Khasiatnya daun remia untuk mengurangkan sakit kepala. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada kepala. Cecair yang diperah daripada daun remia yang sudah ditumbuk lumat sesuai digunakan sebagai pencuci mulut dan kerongkong

15. Buah Keriang Dot


Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

16. Buah Terajang @ Rambutan Pacat



Buah ini hampir sama dengan buah keriang tetpi rasanya manis kelat sangat dan susah untuk didapati sekarang

17. Buah Tampoi (Baccaurea microcarpa)



Isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula ia boleh dijadikan minuman keras.

18. Buah Mata Itik



Rasanya lemak-lemak dan tak pahit memang sedap dibuat ulam. Bila pokok matang ia mengeluarkan buah yang berwarna merah, rasanya manis-manis kelat

Khasiat pokok ini adalah untuk merawat cirit birit, batuk, sakit dada dan demam panas. Daunnya juga boleh dijadikan teh yang berkhasiat.

19. Buah Melaka (Phyllanthus emblica)



Buah melaka berukuran 2 - 3 cm panjang dan hampir tidak bertangkai. Bentuknya seperti buah 'cherry' iaitu hampir bulat, agak dempak (masuk kedalam) di hujung dan pangkalnya

Ini antara buah-buah yang sukar untuk ditemui kini, yang mana jika pulang ke kampung, pokoknya mungkin masih ada, atau mungkin sudah mati. Bagi mereka yang di kampungnya masih ada pokok buah-buah ini, boleh cuba rasainya buah tersebut, dan ceritakan nikmat makan buah itu pada anak-anak, supaya tak hilang dek zaman nanti. - Siakap Keli 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    014-322-7846
    - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    https://www.youtube.com/watch?v=3q5e2nwcaEQ

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli