Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Gambar & Video] Pengalaman Unik Pasangan Ini ‘Honeymoon’ Dengan RXZ, Dari Jengka Ke Thailand Dengan Perjalanan Sepanjang 6149KM

2 ulasan

Selalu kita baca bila mana orang pergi bercuti selalunya ramai-ramai, dan kalau berdua pun mesti naik kapal terbang atau berkereta, lebih-lebih lagi jika ianya perjalanan yang jauh.

Namun begitu, berbeza dengan pasangan Siti Normaizatul Akmal dan suaminya ini, yang mana melalui perjalanan yang panjang, selama 21 hari.

Apa yang menariknya, mereka hanya menaiki motorsikal, iaitu RXZ, dari Jengka, Pahang sehingga ke Thailand, dengan perjalanan sepanjang 6149km.

Boleh dikatakan ini adalah antara ‘honeymoon’ yang unik buat mereke berdua.

Jom kita baca pengalaman mereka dan tengok gambar-gambar yang dikongsikan sepanjang perjalanan mereka.


Antara pahit manis perjalanan kami selama 21day di bumi Thailand 🇹🇭

Hujan panas ku redahi bersama.

Lain orang, lain care travel, kami memilih untuk ride, sebab mahu kelainan & pengalaman
Sape cakap nak smpai tempat cantik tak ade halangan? Macam-macam kena lalui tapi alhamdulillah berbaloi dengan keindahan & kepuasan yang kami lalui.

Ade sampai 3 hari makan megi & roti 7E je sebab tak jumpe kedai halal, sekali jumpe bantai 3,4 pinggan naik tepu otak.

Tukar spoket smpai 3-4 kali sebab xlarat naik bukit, bukit kat sana betul-betul extreme mencanak habis tapi view mmg superb sepanjang lereng-lereng bukit gunung ,

Ade smpai body kat tongkat tu patah la sebab beban berat, mngelepor cari kedai besi nk welding.

Yang suke layan koner tu boleh try p utara siam layan tozen koner (1864 curve) perghhh koner die mmg.

Pernah jugak tengah jalan-jalan terserempak dengan askar burma, senjata peluru jangan cakap laa penuh 1 badan ketar jgk bile kena tahan tanya nk pi mane.

Hotel? Kami bajet bawah 500bth sahaja, kalau dah lewat sangat tak jumpa hotel ape lagi pacak kanopi la kat petrol pump, agak-agak kalau buat macam ni kat Malaysia kena viral x? Hahaha

Part paling sakit bile kecundang atas landasan kereta api jatuh motor sampai harini berkesan lagi woiii, sekali lagi dalam lumpur sebab banyak lopak air hahaha

VIDEO


Dugaan pertama sblom msok siam .. rim bengkok langgar bongkah kayu atas highway kt tapah 

Layan megi sebab xjmpe nasik 

Body kat tongkat patah, beban berat mau x nye segala spana blok bagai g angkut

Gajah kat tempat depa main jalan-jalan atas jalan raya jew 

Makan ubi keledek kat phu thab buek nk panas kan badan , kebetulan mse ni hujan lebat angin kuat

Pam minyak old school 

Pacak khemah je mudah jnji lena



VIDEO






VIDEO









VIDEO




Done 6149 km. Gambar-gambar lain sepanjang perjalanan boleh tengok album RIDE 18/7- 6/8. 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli