Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Netizen Tegur Sesetengah Media, Sejak kebelakangan Ini Kerap Papar Gambar Bendera Negara Sukan SEA Berterabur

4 ulasan

Belum pun reda isu kesilapan bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderahati upacara pembukaan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat negara berkenaan, kini dilihat kesilapan bendera semakin menjadi-jadi.

Mana tidaknya, inbox kami dipenuhi dengan gambar-gambar terbaru beberapa kesilapan terbaru bendera beberapa buah negara yang terlibat sukan SEA.

 Keratan sebuah akhbar tempatan

Dari sebuah stesen tv tempatan

Juga dari sebuah stesen tv tempatan

"Adakah ianya dilakukan dengan sengaja kerana baru isu benderan Indonesia terbalik, dan kini semakin menjadi-jadi," tulis seorang pengguna Facebook.

"Kes ini sebenarnya kecil, tetapi bila selalu silap nampak seperti mempermainkan pula, ada negara isu bendera ini sensitif, jadi semoga editor lebih bertanggungjawab dalam menjalankan kerja," tulis pengguna Facebook yang lain.


Untuk pengetahuan semua, kesilapan teknikal ini juga terjadi di luar negara termasuk sukan olimpik Rio 2016 lalu di mana bendera China tersalah.

Memetik laporan mStar Online, kesilapan yang sama turut dilakukan oleh pihak RTM baru-baru ini, bagaimanapun mereka telah tampil memohon maaf.

Melalui siaran TV2, mereka telah bertukar bendera antara satu sama lain dalam paparan pungutan pingat yang dimenangi atlet  seperti mana disiarkan.

Lapan bendera daripada 11 negara yang bertukar itu membabitkan Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Laos.


Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Ab Rahim mengakui kesilapan yang dilakukan semasa siaran langsung berita Tamil di saluran TV2 pada pukul 7.30 malam Khamis.

"Bagaimanapun kami telah membuat permohonaan maaf berhubung kesilapan itu telah dibuat pada segmen berita di saluran TV yang sama pada Jumaat."

“Kita akui kesilapan itu tetapi ia dibuat secara tidak sengaja. Kita telah membuat permohonan maaf dalam berita Tamil malam tadi.”

"Selain itu permohonan maaf juga telah dibuat menerusi siaran Berita Nasional di saluran TV1 pada tengah malam Jumaat,'' jelas beliau.

Menurut beliau, kesilapan tersebut adalah berpunca pada peringkat produksi iaitu semasa memberikan maklumat terkini dengan keputusan pungutan pingat yang sentiasa berubah-ubah.

“Kita akan ambil tindakan bagi mengelak perkara ini berulang lagi,” katanya.

Berkaitan isu bendera Indonesia terbalik, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin telah momohon maaf dan Presiden Indonesia, Joko Widodo telah menerima permohonan maaf Malaysia itu dan menganggap isu tersebut tidak perlu diperbesarkan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666 - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  4. Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    014-322-7846
    - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    https://www.youtube.com/watch?v=3q5e2nwcaEQ

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli