Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasangan Ini Eksplorasi Ke 23 Buah Negara Guna Motor ‘Kapcai’ Dalam Misi Kibarkan Jalur Gemilang Di London

4 ulasan

Kerana cintakan negara, pasangan suami isteri, Mohd Alfishahrin Zakaria, 31, dan Diana Latief, 30, memilih untuk mengibarkan jalur gemilang di London pada 31 Ogos ini, kerana kemerdekaan Malaysia diperoleh hasil pemeteraian perjanjian di kota raya itu, tulis Bernama.

Dalam perjalanan yang perlu melalui sebanyak 23 negara itu, Alfishahrin kini berada di Jerman, setelah 4 bulan eksplorasi menggunakan motorsikalnya, bermula dari 28 April lalu.

Dalam pada itu, Alfishahrin turut kongsikan beberapa siri tip, kos, penginapan serta Visa yang perlu dilakukan sepanjang perjalanan itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut, berikut merupakan perkongsian darinya, dan sehingga kini, Alfishahrin masih lagi dalam perjalanan untuk ke London.

I want to travel the world with you. Go to every country, every city, take a pictures & be happy 

Ramai yang bertanya mengenai persiapan untuk ride.

Saya share sikit preparation untuk ride. Sebenarnya banyak aspek perlu dilihat dan disediakan untuk perjalanan yang jauh seperti ride saya. Kadang orang terlepas pandang benda-benda yang nampak kecil tapi sebenarnya penting

a. KOS

1. CARNET

Untuk ride luar dari ASEAN, ada sesetengah negara perlukan CARNET. Macam perjalanan saya, INDIA NEPAL PAKISTAN IRAN carnet diperlukan, jika tiada, anda tidak dibenarkan membawa kenderaan anda masuk.

Apa itu CARNET?

CARNET umpama passport kenderaan anda, tanpa carnet anda tidak dibenarkan membawa kenderaan anda masuk. Di Malaysia anda boleh dapatkan CARNET DI AAM MALAYSIA, ofis di Laman Seri Seksyen 13 shah alam, sebelah PTPL SHAH ALAM.

Untuk carnet anda perlu letak deposit, berapa nilai anda kena check dengan pihak carnet biasa 70%++ mengikut nilai kenderaan. ini cuma deposit, anda akan dapat semula deposit anda setelah anda bawa pulang kenderaan anda dgn lengkap.

2. VISA (Pastikan anda tidak black list utk keluar negara)

Passport Malaysia power. 154 negara kita boleh masuk tanpa perlu apply ViSa
So check dahulu negara mana yang perlukan visa, mana yang tidak perlu bergantung kepada negara mana yang anda mahu masuk. 

Harga pula berbeza-beza, cara apply pun berbeza. Kos Visa jangan lupa amik kira ye untuk masukkan dalam list kos ride anda.

Bertolak menuju ke Border PAKISTAN - IRANHarap semua berjalan lancar mungkin tiada internet utk 2 3 hari ni doakan semoga semuanya selamat

3. PERALATAN

Spare part motor, pakaian kelengkapan ride (jaket,kasut,glove), khemah, dapur masak, baju sejuk
spanar,minyak rantai dll

Kalau dah ada brg sedia ada lebih bagus, jimat kos.

Jaket &seluar ride + glove pastikan bersesuaian dengan tempat yang anda pergi. Kalau route anda tu melalui pelbagai jenis cuaca sejuk+salji+panas, so cari yang bersesuaian. Kalau route 1 jenis cuaca je xpe,mudah.

Sama juga jaket dan seluar, kalau ride di tempat sejuk, pastikan ada lapisan Thermal untuk elakkan anda kesejukan.
Macam saya, saya tak bawa sebarang spare part. jangan tiru macam saya

Kos lain-lain seperti Kargo semula kenderaan juga jangan lupa diambil kira dalam kos anda,ini adalah salah satu kos yg besar melainkan anda pergi dan balik ride.

4. PENGINAPAN

Soalan paling banyak saya terima
"bang,berapa banyak kos dah pakai"

kos ride touring sebenarnya banyak bergantung kepada anda dan juga route yANg anda pilih
kenapa bergantung kepada rider juga?

Salah satu sebab adalah cara bagaimana anda mahu ride.

Ride adventure?
Ride mewah?
Ride explore?

kalau anda memang mahu 100% stay hotel, kos nya mesti la lebih tinggi dari ride yang stay di dalam khemah/tido rumah orang/tido stesen minyak/tidur masjid

Saya bagi cara perkiraan basic berapa kos diperlukan untuk ride. (ini perkiraan secara kasar)
Cth:- Ride anda mengambil masa 100 hari
PENGINAPAN = RM100 X 100 = RM10000
MAKAN = RM20 X 100 = RM2000

Penginapan mungkin anda akan jumpa yang lebih murah, atau kadang-kadang tempat yang anda berhenti tu harga dia lebih mahal, so better kita amik kira purata untuk selamat. Kalau jumpa yang murah, alhamdulillah.

Kalau anda masuk Eropah, semuanya dah mahal.

So jangan berharap dapat harga hotel yang semurah dan baik macam Thailand.

Sama juga macam kos makan, adakalanya anda makan/minum dengan kos xsampai macam yang anda budget, kadang-kadang terlebih. 

Kalau 100% masak sendiri tu lain cerita, banyak jimat. Tapi rajin ke setiap masa nak masak? Dah penat-penat ride kadang-kadang penat & malas nak masak, lagi-lagi kalau sorang-sorang. 

Kos makan minum kena amik kira juga kalau anda berhenti untuk beli air dipertengahan jalan, bukan amik kira semasa berhenti makan/minum je, sebab kadang-kadang kalau di hari yang betul panas beli air sahaja boleh habis berpuluh ringgit.

Ride ASEAN and mungkin dapat makan dalam lingkungan budget, tapi dah smpai Eropah, faham-faham je la ya.

1 botol air mineral RM5. So better anda buat budget lebih dari kurang, kalau lebih boleh simpan.


5. KOS MINYAK

Sepanjang perjalanan saya (negara yang saya lalui) rasanya hanya MALAYSIA sahaja yang harga petrol sama seluruh negara

Negara lain, setiap tempat tak pernah sama walaupun dari jenama yang sama. Biasanya harga di Highway lebih mahal dari di bandar.

Kalau macam di India, makin tinggi tempat anda pergi (kawasan gunung) makin mahal harga petrol. So kena amik tau range harga negara anda mahu lalui dan juga jarak perjalanan.

Berapa jauh motor anda boleh pergi full tank anda kena tahu jugak. Jangan lupa, penggunaan petrol semasa full loaded dengan barang dan juga tanpa barang mempengaruhi penggunaan petrol.

Permukaan jalan/muka bumi/route yang anda pilih juga mempengaruhi. Kalau anda main kawasan bukit, petrol akan lebih banyak digunakan.

Amik tahu jugak berapa jarak setiap stesen minyak yang ada, lain la tank motor anda betul-betul besar.

cth- full tank blh pergi 150km, mungkin ada sesetengh tempat jarak stesen minyak 200km, so kena la standby tong extra ye.

Saya buat kira-kira,  cth ye:

full tank (4liter) = boleh pergi 100km
ride dlam ASEAN = full tank RM20 = jarak 100km
TOTAL ROUTE DALAM ASEAN = 10000km
RM20×100= RM2000

Susah juga sebenrnya nak budget berapa kos minyak, so untuk langkah selamat, buat budget lebih



b. PERMIT

Untuk cross Myanmar, China, anda perlukan permit dan pemandu pelancong.

Benda ni wajib kalau anda mahu cross negara ini melalui jalan darat, kalau xmo, boleh guna jalan udara bypass negara ni.

Untuk cross Myanmar, untuk mendapatkan kos permit yang murah, anda boleh kumpul ramai-ramai dan apply cross secara berkumpulan.

Ajak la rider yang nak cross, pilih satu tarikh, cross sama-sama, kos permit akan jadi lebih murah.

Contoh-

Kalau anda apply untuk cross sorang-sorang, kos dia boleh jadi 950usd (US DOLLAR) = RM4500
Kalau pergi ramai-ramai anda boleh dapat lebih murah, mungkin 650usd (RM2780) seorang.

Macam saya dapat 750usd (RM3200) seorang semasa saya tanya sebut harga untuk cross Myanmar,
itu sebut harga untuk 2 orang, kalau sorang-sorang mahal.

Itu pun harga untuk 4 hari tak termasuk makan dan minum, hanya cover hotel dan kos tour guide+permit sahaja. Kalau lagi lama masa diambil untuk cross, makin mahal la harga dia.

Proses untuk apply permit ni 2 [email protected] hari bekerja, so rancang la awal-awal ye tarikh nak cross, bukan dah sampai baru nak apply, buat macam tu anda tunggu la depan pintu border 2 minggu.

Mengikut pengetahuan saya, cross Myanmar ke India ada 2 border, MaeSai dan MaeSot
Kalau anda nak jimat masa dan kos, sila cross dari MAESOT, kalau nak jalan-jalan dalam Myanmar, lalu la Maesai

Kalau dari Maesot masa paling singkat adalah 4 hari, dan jika dari Maesai, masa lebih lama akan diambil.

Cara lain untuk cross kalau tak nak lalu Myanmar ialah melalui Negara CHINA, TAPI KOS nya adalah lebih tinggi.

Yang saya dapat info (kalau salah betulkan ye) untuk cross melalui CHINA untuk jangka masa 3 hari, kos nya 1000usd (RM4270).

Itu sebab dulu saya ride sampai border China je, tak masuk, sebab mahal sangat.

Lain-lain negara saya lalu tak ade bayaran permit pun, cuma ARMENIA je yang ada tambahan bayaran kalau nak bawa masuk motor, itu pun dalam RM50 je

Bayaran yang saya cerita ni bukan bayaran under table mcm cross masuk Laos ye, semua byaran saya cerita adalah bayaran yg sah dan wajib dibayar dan ada resit sah.


c. CARNET

Saya pernah cerita mengenai Carnet, mungkin ramai lagi masih kurang jelas apa itu carnet. Carnet ni senang cerita passport untuk kenderaan anda
Tanpa carnet, anda tak boleh bawa masuk kenderaan anda ke negara yang memerlukan anda mempunyai carnet.

Macam dalam route saya, negara yang memerlukan carnet ialah

NEPAL
INDIA
IRAN
PAKISTAN

Carnet merupakan salah satu kos paling besar. Anda perlu meletakkan wang deposit untuk mendapatkn carnet dan kebiasaannya 70% dari nilai semasa kenderaan. 

Untuk mendapatkan jumlah lebih tepat, kena tny direct dengan pihak AAM MALAYSIA sebab mereka sahaj yang mengeluarkan carnet ni.

Macam motor saya, RM8000 Deposit yang perlu saya letak
Lagi mahal motor tu, lagi mahal la deposit dia.
Selain deposit, anda kena bayar RM600 untuk buku carnet dan RM100 untuk mendaftar ahli AAM
Anda perlu sertakan GERAN KENDERAAN, LESEN ANTARABANGSA (IDP) untuk mendapatkan carnet.

Deposit ini akan dipulangkan semula sekiranya anda bawa pulang kenderaan dengan lengkap. Sekiranya buku carnet anda hilang,RM500 dikenakan untuk penggantian buku baru, buku carnet ni valid hanya setahun


Dalam buku carnet ni ada details kenderaan anda seperti warna, no chasis, no enjin, nama owner, jenama, alamat, no plate
Ada 3 bahagian pada setiap muka surat. Bahagian keratan pertama akan diambil semasa anda masuk, keratan kedua semasa anda keluar dan bahagian atas sekali ada cop semasa keluar dan masuk.

So pastikan semuanya lengkap ye masuk dan keluar, kalau x nanti ada masalah bila nak dapatkan balik deposit

Kalau negara yang kena guna carnet ni leceh skit, banyak kerja kena buat. 1st kena cop passport dahulu, lepas cop passport kena jumpa bahagian kastam pula untuk settlekan carnet.

Kalau nasib baik, pegawai kastam tak bnyk soal+karenah, dia akan cop dan tak check detail sangat motor anda, nasib baik, dia akan suruh anda keluarkan barang-barang dari [email protected] anda, satu keje nk mengemas balik.

Sama juga proses semasa keluar, cop passport, g jumpa kastam lepas tu baru boleh keluar border.

Negara mana memerlukan carnet, anda boleh refer website-website, banyak yang update pasal carnet

Kalau negara tu tak perlukan carnet, dia akan minta Geran original anda, walaupun dia tak faham sebab tulis bahasa malaysia.

Maaf kalau xjawab komen-komen, biasanya saya post status bila ada jumpa wifi free. Lepas post trus sambung ride, time rehat atau free je sempat reply mana-mana komen.



WELCOME TO MONTENEGRO, negara yang ke 11

Masjid pertama yg kami jumpa lepas masuk Border Bozaj. nak amek gambar lebih2 pagar tutup pulak





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  3. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. TAHNIAH BOSS FOR SWIN888 PLAYER LUCKY DRAW WINNER ON 31 AUGUST 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    SCR888 I LPE88 I JOKER123 I GW99 I SKY777 I SKY99

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    For More Detail About Us :
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    SWIN888.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli