Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Ramal Dia Akan Mati Selepas Beberapa Jam Lahir, Tapi Bayi Otak Diluar Kepala Ini Mampu Hidup Sampai Sekarang

No Comment

May Rose Gibney yang dilahirkan dengan otak di luar tempurung kepala dianggap sebagai bayi ajaib kerana masih berjuang untuk hidup.
Beliau kini yang berusia lima bulan mengalami satu keadaan dikenali sebagai Encephalocele yang menyebabkan otaknya berada di luar tengkorak.

Ketika dilahirkan pada 9 Mac lalu, May Rose tidak menangis dan jarang membuka mata.

Mulanya doktor meramalkan bayi itu mungkin meninggal dunia selepas beberapa jam dilahirkan.

Kecacatan itu menyebabkan May Rose mengalami jangkitan kuman dan kegagalan jantung akibat saluran darah otak yang tersumbat.

Ibunya, Analee, 24, berkata, doktor memberitahu tiada apa yang mampu dilakukan untuk May Rose dan hanya menawarkan jagaan kepada bayi itu.

Bagaimanapun, sekumpulan doktor dari Hospital John Ratcliffe di Oxford, Britain secara suka rela menawarkan diri untuk menjalankan pembedahan terhadap May Rose.


Doktor memberitahu, pembedahan selama lapan jam sangat berisiko dan kemungkinan bayi berkenaan tidak akan selamat.



Doktor memberitahu, pembedahan selama lapan jam sangat berisiko dan kemungkinan bayi berkenaan tidak akan selamat.

Katanya, May Rose telah menjalani pembedahan pada Isnin lalu dan kini sedang dipantau di unit rawatan rapi.

 “Dia masih hidup dan bernafas. Bayi saya masih berjuang untuk terus hidup seperti seorang pahlawan.

“Saya tidak dapat luahkan betapa gembiranya saya melihat dia terus bersemangat untuk hidup,” katanya.

Menurutnya lagi, keadaan May Rose masih belum stabil tetapi bayi itu menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan setelah diberitahu doktor.



Sumber- Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli