Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

" Disebabkan Tomyam, Nasi Lemak Dapat Nama", Vitti Lodge & Family Sahkan Ramadhan Sinclair Masih Belum Mohon Maaf

No Comment

Ramadhan Sinclair, sebuah nama yang hangat di perkatakan semenjak isu pergaduhannya di sebuah rumah penginapan di Jepun menjadi viral.

Ramadhan bersama dua orang rakannya mencetuskan kemarahan orang ramai apabila mereka dilihat bergaduh dengan seorang rakyat Malaysia di rumah penginapan tersebut sebelum membuat kerosakan dan meninggal najis di bilik mandi.


Rata-rata netizen menuntut permohonan maaf dari mereka bertiga dan ganti rugi yang perlu dibayar. Sehingga kini, hanya permohonan maaf dua orang daripada mereka yang diterima oleh pihak rumah penginapan di sana.

Seorang pengguna Facebook, Tok Sheikh memuat naik status menyatakan bahawa Ramadhan Sinclair masih belum memberi sebarang permohonan maaf kepada pihak Vitti Lodge dan juga bayaran ganti rugi kepada mangsa pergaduhan mereka, Qaiyum yang mendahulukan wangnya bagi membayar ganti rugi kerosakan yang di sebabkan oleh mereka.

Kami Belum menerima sebarang video permohonan Maaf secara terbuka drp Ramadhan dan Belum juga menerima bayaran ganti rugi yg sepatutnya di bayar kpd qaiyum (baju biru)..

P/s: Dah buat salah tu, mengaku, bayar ganti rugi dan beri Kami video permohonan Maaf secara terbuka.. agar lagi cepat perkara ni di selesaikan...dan 1 lagi sila reply whatsapp saya dengan segera ya..

"Disebabkan tomyam, Nasi lemak yang dpt nama.." hmm

Terima kasih kpd Ku Hidayat kerana memberi kerjasama dan berani hantar Video permohonan Maaf secara terbuka dan mengaku Akan kesalahan, membayar ganti rugi dgn penuh (bahagian yg beliau perlu bayar) dan telah pn belajar sesuatu drp peristiwa tersebut... Faris juga telah memohon Maaf kpd pihak Kami..


Sumber- Tok Sheikh
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli