Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dipaksa Merangkak Di Kandang Babi, Dibunuh Dan Dibakar" Jejak Kasih Dengan Ibu Bertukar Menjadi "Neraka Dunia"


Peluang untuk bertemu antara ibu dan anak yang terpisah sepatutnya adalah sesuatu yang indah namun sebaliknya apa yang berlaku kepada seorang gadis perempuan ini di Amerika Syarikat. Mengerikan !

Savannah Leckie yang pulang ke pangkuan ibunya, Rebecca Ruud, 39 selepas menetap bersama bapanya selama 16 tahun. Penyatuan ini bertukar menjadi tragedi ngeri apabila pihak polis menemui bukti yang gadis malang itu telah diseksa dengan kejam, dipaksa merangkak di kandang babi, diletak garam pada lukanya dan menemui ajal apabila dibakar oleh ibu kandungnya sendiri bagi menghilangkan bukti.

Berhubung penemuan bukti itu, Ruud si ibu yang zalim telah ditahan oleh Polis Ozark Country berhubung jenayah kejamnya itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak polis, Raud dipercayai menjalankan perniagaan keluarga dengan beroperasi di rumah dalam pengeluaran sabun, bersama anaknya Savannah. Malah, pergerakkan Savannah hanya terhad di rumah sahaja.

 “Savannah hanya bersekolah di rumah dan langsung tidak bergaul dengan orang luar," nyata beliau.

Perbuatan kejam Ruud mula terbongkar apabila pihak polis curiga dengan laporan yang di buat oleh Ruud sendiri bahawa Savannah telah melarikan diri. Namun, siasatan pihak polis tidak menunjukkan tanda-tanda Savannah bertindak begitu.

Pihak polis kemudiannya pergi berkunjung semula ke rumah Ruud untuk mencari semula bukti, namun mendapati dia telah pun melarikan diri. Ketika pihak polis mengepung rumahnya ketika Ruud sedang melangsungkan perkahwinan di Summersville, Missouri, 100 batu lebih jauh dari rumahnya.

Penyiasatan polis pada kali ini akhirnya menemukan bukti-bukti yang dapat menyabitkan kes kehilangan Savannah dengan ibu dari neraka, Ruud. Mereka menemui kesan kebakaran dan tulang manusia dipercayai dibakar dengan bahan kimia tertentu pada suhu yang tinggi.

Selain itu, pihak polis juga percaya mereka berdepan dengan individu yang mahu menghapuskan bukti jenayah apabila menemui bukti seperti kotak baju wanita yang berisi rambut, pisau, pencincang daging dan dua botol berisi Sodium Hydroxide.

Menurut Timbalan polis, pihak mereka percaya Ruud terlibat dalam perancangan untuk membunuh Savannah dan menghapuskan bukti jenayah.

Dia kemudiannya ditahan di penjara Ozark Country sebaik sahaja penyiasatan dibuka dan dia telah disabitkan dengan jenayah pembunuhan tahap pertama dan kedua, selain mendera kanak-kanak perempuan serta menyembunyi jenayah yang dilakukan.

Individu lain yang turut terlibat secara langsung dengan jenayah ini turut berdepan hukuman manakala Ruud bakal dikenakan hukuman sampai mati, ujar polis yang dipetik dari Ozark Country Times

Sumber : The Washington Post

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kejap ruud kejap reed. Byk kali kes typo. X pernah semak ker?

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  3. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli