Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Red 'Kantoi' Lagi Dengan Adira, Sahkan Ada Hubungan Dengan Pelakon Wanita N

2 ulasan

Sebut sahaja nama 'Datuk Red' pasti ramai orang mengenalinya. Usahawan hartanah ini pernah menjadi topik hangat suatu ketika dahulu apabila dia mengahwini penyanyi Adira sebagai isteri keduanya.

Datuk Red juga mempunyai seorang isteri yang mesra disapa sebagai Datin Red dan mereka memiliki tiga orang cahaya mata.


Baru-baru ini Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 39, dipercayai sedang rapat dengan seorang pelakon wanita bernama N dan suami kepada Adira ini telah mengesahkan khabar angin tersebut.

Menurut Datuk Red, hubungannya dengan pelakon N tersebut telah terjalin sejak beberapa bulan yang lalu tetapi kini telah berakhir setelah perkara itu diketahui Adira.

"Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia.

Datuk Red diminta mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan seorang pelakon yang berasal dari negeri yang sama dengan isteri keduanya itu.

"Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti," ujarnya kepada mStar Online.


Pasangan Datuk Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan menimang cahaya mata pada 10 Mac lepas yang diberi nama Anggerik.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli