Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk, Bapa Dan Pakcik Durjana Rogol Darah Daging Sendiri Dipenjara 335 Tahun.

3 ulasan

Malang yang menimpa dua beradik dirogol oleh empat ahli keluarga mereka.

Perbuatan ini dilakukan oleh datuk, bapa, bapa saudara dan seorang lagi bapa saudara yang menyebabkan mereka mendapat hukuman penjara sehingga 335 tahun.

Hukuman penjara dikenakan selama 150 tahun kepada datuk bagi kedua-dua mangsa itu manakala bapa mereka dikenakan penjara selama 50 tahun diikuti bapa saudara 110 tahun dan bapa saudara selama 25 tahun dilaporkan melalui Harian Metro.

Kesemua pesalah dihukum 24 sebatan setiap seorang atas 13 pertuduhan berasingan bagi kejadian enam tahun lalu hingga menyebabkan seorang mangsa hamil 25 minggu.



Datuk kepada kedua-dua mangsa itu mengaku bersalah atas enam pertuduhan merogol cucunya yang berusia 14 dan 19 tahun antara bulan Januari 2013 hingga Julai lalu.

Manakala ayah mereka pula mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol anak sulung antara bulan Januari hingga Disember 2013.

Bapa saudara yang berusia 28 tahun bagi kedua-dua gadis malang tersebut pula didapati bersalah kerana merogol dua beradik itu antara bulan Jun hingga Disember 2011 dan bulan Januari hingga Disember 2012.

Seorang lagi bapa saudara mangsa berusia 26 tahun didapati bersalah kerana merogol pada 1 Jun 2011.



Semua pertuduhan mengikut Seskyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, berlaku  di sebuah rumah di Tebedu, Serian.

Hukuman dijalankan secara serentak berdasarkan arahan Hakim Mahkamah Seksyen dari tarikh tangkapan mereka pada 12 Ogos lepas.

“Mereka sepatutya menjadi pelindung dua beradik perempuan itu sebaliknya melakukan perbuatan jijik,”
kata Marutin Pagan.


Sumber : malaymail Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli