Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dapat Jimat Sehingga RM2.1k Dengan Buat Kabinet Dapur Sendiri, Tengok Hasilnya Tak Nampak Macam Buat Sendiri

3 ulasan

Bagi mereka yang memiliki rumah, sudah pasti ada keinginan untuk menambah ruang baru atau membuat ‘renovation’ pada keadaan asal rumah, yang mana akan memberikan lebih keselesaan dan mengoptimumkan penggunaan sesuatu ruang.

Namun begitu, kalau nak buat ‘renovation’ sudah pasti menelan belanja yang sangat besar serta memakan masa yang panjang, walaupun ianya bukanlah satu proses ‘renovation’ yang banyak, hanya menambahbaik bahagian dapur sahaja.

Bagi Wan Isnzr yang ingin memasang kabinet dapur, ia sedikit sebanyak buatkan dirinya serba salah, kerana jika buat kabinet dapur di kedai, harganya boleh mencecah sehingga RM3.5k, disebabkan itu, dia buat keputusan untuk membuatnya sendiri dengan bajet tidak cecah RM1.4k.

Bagaimana dia lakukan? Jom kita ikuti perkongsian darinya.


Sebab kitchen cabinet mahal area kedah ni so kami beli kitchen cabinet ikea dan pasang sendiri je la.... Total hangus untuk full set kitchen cabinet+sinki+paip tak sampai RM1.4K.

Sebab ramai tanya tak dan nak reply so update sini dulu;

Hari ni proses pasang kitchen cabinet IKEA sendiri. Diulang sendiri. Hehe.. sebab kalau nak buat kitchen cabinet kat kedai dah survey haritu 3.5k untuk design mcm ni. 

Disebabkan beli & pasang sendiri dapat la jimat sikit. Tak sampai 1.5k pun (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki)... 

Jimatkan.... waranti kabinet 25 tahun IKEA bagi. Brand kabinet METOD kalau fyndig tak ada waranti.

Proses nak buat:

1. Design dan susun dulu kedudukan kitchen cabinet. Lukis pakai tangan je tapi make sure guna scale yang betul baru ngam

2. Pi IKEA beli kabinet+pintu+kaki+etc

3. Bawa balik barang yang dah beli ke rumah & pasang ikut manual yang IKEA dah bagi. 

Sebab rumah yang nak pasang KC ni kat KEDAH so redah muatkan dalam kereta je. Nasib baik ngam. Proses pasang kabinet ni sekejap je dalam sejam macam tu dh siap.



4. Lepas tu pasang sinki+paip+dapur

Sebab bab ni tak terror lagi so terpaksa panggil orang lain tebuk & pasang. Hehe...

Kos :

Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + paip + top (EKBACKEN) + kaki + handle pintu = RM1.4K

Hood + hob+ serombong = RM1.4k

Upang pasang hood = RM200 (Hob tebuk sendiri)

Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250




Cantik juga kan bila dah tengok hasil akhirnya, macam kabinet dapur tu dah memang ada dekat situ dari awal, kemas je. Mana-mana yang ada perancangan nak pasang kabinet dapur tapi ada bajet yang terhad, bolehlah cuba cara ini.

- Siakap Keli

BACA: Tak Sampai RM20 Pun, Tutup Ruang Bawah Singki Dengan Langsir DIY Buat Dapur Anda Terus Nampak Cantik Dan Kemas
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli