Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Coretan Situasi Genting Operasi Daulat Lahad Datu . Ini kata "Wira Tak Didendang"

2 ulasan

Pingat Kedaulatan Negara merupakan satu pingat yang diberikan keatas sesiapa yang berjasa dan sanggup berkorban demi menjaga kedaulatan negara.

Pemberian pingat PKN ini adalah bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam Operasi Daulat.

Marilah sama-sama kita mengenang jasa dan pengorbanan anggota keselamatan sama ada yang telah terkorban dan tercedera.

Tanpa mereka siapa lagi yang berani mempertahankan negara Malaysia kita yang tercinta.

Terima kasih Kapten Amar Aziz atas kesudian berkongsi sedikit coretan pengalaman ketika Operasi Daulat berlaku. Susah payah dan jerit tangis seluruh anggota keselamatan negara sama ada Tentera ataupun Polis atas pengorbanan yang dilakukan demi menjaga kedaulatan negara terus terpelihara kami ucapkan jutaan terima kasih.

Ucapan Terima Kasih mungkin tidak cukup untuk membalas jasa dan pengorbanan wira tidak diundang ini namun percayalah rakyat Malaysia tetap akan terus mendoakan keselamatan seluruh anggota keselamatan negara ini.

BELUM LAYAK AKU TERIMA PINGAT KEDAULATAN NEGARA (PKN)

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima Kasih ATM.

Masih lagi teringat semasa semboyan siap siaga diaktifkan, aku dan Lt Kol Muzafar(MoZ) sedang makan di Restoran Nasi Ayam Penyet Tesco Cheng, Melaka.

Macam biasa, kalau dapat panggilan siap siaga seperti itu, kurang dari 2 jam semua dah siap berkumpul di Batalion (Bn) yang menjadi tuan rumah. Itulah rutin anggota 10 Briged (Para) yang sangat komited dengan tugas dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.

Lt Kol MoZ ke Markas Briged (Bgd) dan aku ke tempat siap siaga berkumpul. Panglima 10 Bgd (Para) ketika itu, Brigedier Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik(P5 Pokku sekarang ini Mej Jen) telah mengadakan taklimat tergempar pada sebelah malamnya untuk mengaturgerakkan Trup 10 Bgd ke kawasan hadapan.

1 Platun dari Kompeni PANDURA (Para) dikenal sebagai Viper 1, dipimpin oleh aku antara unit pertama yang telah dipilih untuk diaturgerakkan ke kawasan konflik. Keyakinan aku bertambah apabila Pegawai Pemerintah PANDURA ketika itu, Mejar Huzairein Yacob (Recon) memberi kepercayaan sepenuhnya kepada aku untuk memilih 30 anggota yang betul-betul layak untuk di bawa ke barisan hadapan.

Kami diaturgerakkan menggunakan pesawat C-130H dari No 20 Skuadron TUDM. Sejarah tercipta, setelah berlatih tanpa ada masa rehat di bawah pengarahan P5 Pokku sendiri dan diseliakan oleh Recon. Kami 100% bersedia.
Setibanya di Sabah.... (akan bersambung...insyaAllah kalau ada peminat sejarah) #antiklimaks

Nota Pejuang :

1. Pejuang sebenar adalah mereka yang merancang dan menyediakan seorang perajurit untuk mampu bertempur di barisan hadapan.

2. Tanpa lojistik, anggota barisan hadapan tidak mampu untuk meneruskan tugasannya.

3. Tanpa perancangan dari Markas Bgd, Pandura tidak mampu untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

-------------------------

4 tahun, terlalu singkat bagi aku untuk layak menerima Pingat Kedaulatan Negara ini.

Pingat ini atau apa-apa penghargaan yang setaraf dengannya, aku dedikasikan kepada orang yang sebetulnya layak menerimanya.

1. Mak dan abah serta papa mama tidak dilupakan juga adik beradik yang langsung tidak tahu apa yang berlaku di Sabah pada ketika itu. Kerana restu mereka, aku berdiri di Ground Zero.

2. Isteriku, yang ketika itu mengandungkan anak pertama kami, dan beliau hanya tahu mengenai konflik ini setelah Perdana Menteri mengumumkan mengenai Op Daulat dilancarkan di televisyen. Beliau juga bersendirian menjaga kandungan selama 6 bulan di Sydney, Australia berseorangan.

3. Semua pegawai dan anggota di 10 Bgd (Para) ketika itu yang tidak tidur di malam hari dan tidak makan di siang hari menentukan kesemua rancangan dilaksanakan mengikut apa yang dirancangkan.

4. Mendiang Joshua, yang terlebih dahulu meninggalkan kami kerana menderita sakit leukaemia. Aku percaya, Recon dah pun abadikan Pingat Kedaulatan Negara ini di atas keranda Mendiang.

5. Semua anggota Platun 1, Kompeni PANDURA (Para), kalian berjuang bukan kerana nama, tapi kerana maruah, tanggungjawab dan amanah. Maafkan aku kerana masih belum dapat menentukan kalian mendapat pengiktirafan yang sepatutnya.

Sejarah Kedaulatan Negara tetap segar bersemadi dalam ingatanku.

Pingat Kedaulatan Negara ini, aku semadikan di Pasukan, untuk tatapan dan ingatan semua, kita pernah bertempur di Op Daulat 2013, dan kita buktikan yang kita mampu mempertahankan bumi bertuah ini.

Terima Kasih Mak Abah, Mama Papa, isteriku Nur Shairah, Raudhah, Sariyah, Azim, Mej Jen Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Lt Kol MoZ, Mej Huzairein Yacob, semua anggota recon dan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak lansung.

Kompeni PANDURA (Para) The Only One in Malaysia.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli