Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cipta Gaya Bergambar Luar Biasa Untuk Dimuat Naik ke Instagram





Seorang wanita telah mencipta gaya bergambar yang luar biasa akibat bosan menggunakan gaya yang sama ketika bergambar.

Wanita yang bernama Stephanie Leigh Rose merupakan wanita pertama yang mencipta gaya bergambar dikenali sebagai ‘stepdies’.

Gaya bergambar ‘stepdies’ ini dilakukan dengan berbaring seolah-olah mati selama beberapa saat.

Beliau juga merupakan seorang artis yang akan berlakon seperti orang mati di beberapa lokasi popular di seluruh dunia yang dilawatinya.

Beliau memuat naik gambar tersebut di laman Instagramnya yang menunjukkan dia seolah-olah mati di beberapa lokasi ikonik termasuklah Menara Eiffel dan Muzium Louvre di Paris serta di Jambatan Golden State di San Francisco.

“Gambar ini bertujuan mencetuskan perbincangan mengenai kematian dan fungsi fotografi serta cara ia memusing imaginasi.

“Tiada persediaan ketika gambar ini dirakamkan dan imej ini merakamkan momen ketika ia berlaku,” kata Stephanie dalam blog miliknya.

Stephanie memberitahu dia terpaksa berlakon seolah-olah benar-benar mati ketika merakamkan gambar itu termasuk ketika berbaring di dalam tandas.

“Baju saya habis kotor dan mulut saya hampir terkena air kencing ketika berbaring di sebuah tandas awam di San Francisco.

“Banyak baju saya kotor kerana berbaring di lokasi yang kotor tetapi atas nama seni, saya tidak menghiraukan perkara itu,” jelasnya.









Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  3. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666 - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli