Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buka ‘Booth’ Pakaian Tapi Tak Ada Pembeli, 4 Cara Ini Boleh Jadi Daya Penarik Untuk Pelanggan Singgah & Membeli

2 ulasan

Adat berniaga ada naik dan turunnya, jika ada rezeki banyaklah pelanggannya, kalau tak, hanya beberapa sahaja yang dapat dijual. Dalam perniagaan ni, kita harus bertawakal dengan rezeki yang diberikan.

Tapi, janganlah hanya bertawakal sahaja, tanpa ada usaha yang lebih untuk memajukan perniagaan dan menarik pelanggan supaya membeli apa yang kita jual.

Sekarang sudah banyak ‘event’ besar yang menempatkan vendor-vendor dalam satu tempat untuk menjual barangan mereka, dan kebanyakannya adalah pakaian.

Kalau dah terlalu banyak persaingan, macam mana agaknya nak pastikan kedai masih lagi ada untung, macam kedai-kedai orang lain juga?

Sebenarnya ia semua bergantung pada diri sendiri juga, seperti yang dikongsikan oleh Lynn Ahmad ini yang mana berkongsi tip buat peniaga yang menjual pakaian di ‘event’ besar, tentang cara untuk menarik pelanggan singgah ke ‘booth’ jualan.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Tip-tip masuk event buat yang jual baju

Sis bukan nak cakap sis jual laku gila tapi cuma tip ni je yang rasa membantu untuk yang nak mula niaga atau pun ada staff yang sangat tak tahu nak buat keja masa ditinggalkan...(bila datang naik angin rasanya tengok kedai dengan sale pon suam-suam kuku aaihh bayar tapak, gaji bukan murah tau kalau sale tak ada memang rasa kecewa la kan...)

Sebenarnye susunan atur kedai pon main peranan untuk tarik Customer masuk kedai kita..kadang-kadang bila kedai kena serbu mula la kedai lain tengok macam kita pasang bomoh lakukan stock baju kita..

Aihh ko malas gosok baju, baju kedut-kedut, susunan pun bercampur-campur. Bukan nak kata kita bagus tapi hakikat nya gitu la...

Gosok baju susun cantik-cantik walaupun baju tu clear stock tapi kalau gosok lebih cantik kemas nampak customer pon suke barang cantik kan..so gosok la jangan biarkan kedut..cube dulu baru tahu huhu..

Meniaga jangan malas ok.. baca bawah sedikit tip-tip sis nak kasi pada yang suke join event..Kiri kanan banyak pakaian kan so macam Mana nak tarik orang minat pada kedai Kita...

Staff suke buat macam ni susun cincai-cincai huhu
1. Susunan rail

Susunan rail mesti cukup ruang Customer untuk masuk cuba baju..sediakan cermin, kalau ada fitting room lagi bagus. Keselesaan itu penting.

2. Patung di depan kedai

Kalau pakaian, jangan meja dihadapan pakaian, patung dulu di depan..nak tarik minat orang masuk kedai pamerkan pakaian warna ceria di hadapan elak kan warna hitam ok.

 Customer yang datang akan pilih nak baju yang gosok walaupun baju yang sama..dia mesti cakap ye ke sama ohh mungkin ni tak gosok..sebab tu dia tertarik nak masuk kedai, bayang kan baju yang tak gosok tu di depan mungkin dia lalu jer tak masuk huhu..Kita pon krik2 Tak Ada Customer.


3. Susun, gosok

Susunan kemas, baju digosok kemas, potong lebihan benang walaupun baju awak hanya harga rm25 sehelai buat supaya orang rasa exclusive bukan pasar malam or bundle..baru ramai serbu. (Jangan susun terlalu banyak pada satu rail)

Customer tak nampak design, mula la bosan dan pergi, tak jadi beli..susunan mesti sedikit jarak mudah nampak design.

4. Harga promosi

Pamerkan harga promosi besar-besar supaya yang dari jauh dah mula tuju ke arah kedai kita..Dan kalau kedai kita dah ramai orang yang lalu pon menjadi tanda tanya kan,mula la dia pon serbu skali hihi

Selebih nya baca kat gambar-gambar di bawah penat menulis hahahaha..

Kita datang awal terus susun-susun baju, gosok baju kemas cantik-cantik...bila orang serbu alhamdulilah, bukan kita guna bomoh-bomoh, atas usaha macam mana nak tarik Customer masuk kedai kita dan berdoa mintak pada Allah..dia Maha pemberi..

Susunan cantik, lebih menarik, hanger ikut susunan dan arah yang sama.

Potong semua lebihan benang..

Susun stock kemas supaya mudah Kita ambik stock...tip event kalau kedai susun kemas dalam almari

Selain dari itu, kalau ada paper bag nama brand kita bolehlah guna if tidak buat sticker jer lekat kan. Jangan lupa resit ok, data base Customer penting untuk kita follow up bila ada promosi lagi. Kalau buat promosi pula, pamerkan tanda harga besar-besar baru orang semua tuju ke arah kita.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli