Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Botol Susu Anak Dah Kelabu Berkerak? Cara Tanggalkan Kerak Susu Dalam Botol Tak Sampai 5 Minit Guna Garam Dan Beras Tanpa Sental


Botol susu anak seperti diketahui begitu cepat bertukar menjadi kelabu, ini kerana susu anak yang tidak habis diminum akan bertukar menjadi masam atau basi menyebabkan terbentuknya kerak susu.

Ia adalah perkara biasa, ramai antara kita akan mencuci kerak susu ini dengan cara menyental dan rebus dengan air panas, cara ini agak lambat dan renyah.

Bagaimana cara untuk menangalkan kerak susu dengan cepat? jom baca perkongsian puan Fitriah Azman ini, hanya menggunakan tiga bahan yang ada di dapur, tak sampai 5 min botol susu dah berjaya dibersihkan.


3 BAHAN "KERAMAT" MAMPU MENGHILANGKAN KERAK PADA BOTOL SUSU SEPANTAS 5 MINIT

Macam ni. Kak el suka beli pin. Anak kak el pulak suka botol susu baru. Jadi, bila pergi mini market tu, tangan kak el ngan botol susu tu macam engkau kutub selatan, haku kutub utara.

Bila kita berselisih, terus melompat masuk troli. Sampaikan abang jani pulak naik stress... Haha

Cuma kami anak beranak ni, beli barang selalu je hilang. Kalo botol susu ni, lama sangat tak jumpa sampai kami terhidu bau masyam lah.

Masa tulah, jejak kasih berlaku antara kami. But for sure, masa ni akan ada bekal depa wat balik. Kerak susu pada dinding botol. Peta dunia mengelilingi permukaan puting. Fuhh! Fobia mak pikir cara nak hilangkan nanti. Dulu...Ermmm..

Nak buang sayang. Botol baru je beli. Eddah 3 bulan pon tak habis lagi😂. Jadi, kak el rajinkan diri angkat bontot pegi dapur dan capai 3 barang AJAIB ni.

Korang jangan pandang sebelah mata kat beras dan garam. Bukan saje sodap dijadikan nasik goreng, tapi ada fungsi RAHSIA yang ramai tak tahuu. So meh kak el cerita siked

Bahan-bahan:

Gunakan air panas untuk hasil yang pantas guna garam dan beras


Cara-cara:
1. Masukkan beras ke dalam botol
2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi


3. Tutup botol dengan penutup
4. Goncang dengan penuh kasih saiyang
5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang
6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal
7. Bilas dengan air bersih


Ulang step yang sama untuk garam. Cuma, kak el guna khidmat berus botol untuk kesan yang lebih cepat.

Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras (Rujuk video)


Hasilnya




Senang je kan?

Dengan cara ni jugaklah kita sebagai mak mak boleh elakkan anak dari sakit perut akibat sabun pencuci. Bukan tak boleh guna cecair pencuci tau. Cuma cara bilas tu kena betul-betul cuci. Barulah anak tak mudah sakit perut.

Nak share? Boleh je. Mana tau hujung minggu ni nak gotong royong botol susu kan. Selamat mencuba uolss!

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli