Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bila Masa Itu Tiba, Kita Pula Akan Rasa Rindu, Tiada Lagi Kena Kemas Rumah Sebab Bersepah

3 ulasan

Budak-budak kalau dah bermain memang tak ingat apa dah, lagi-lagi kalau ada kawan, seronok dia bukan main, tak ingat apa dah. Bila kita larang, atau suruh berhenti main, pasti mereka akan mengamuk.

BACA: Elak Anak Mengamuk Bila Tak Bagi Buat Apa Yang Mereka Suka, Ini Cara ‘Negotiation’ Untuk Lembutkan Hati Mereka

Tapi, perkara ini adalah normal untuk anak-anak. Macam kita sewaktu kecil dahulu jugalah berlari, mandi sungai, berkejar-kejar dengan akwan-kawan.

Kalau anak-anak kecil masa sekarang, mereka banyak juga bermain, dan selalunya dalam rumah, dengan adik-beradik yang lain, lebih-lebih lagi bersepah semua benda.

Tanpa kita sedar, benda-benda ini akan jadi kenangan dan ingatan, yang bermain di fikiran juga jadi topik bualan bila anak-anak dah besar, seperti yang diceritakan oleh Nur Firdaus ini.


Bila tengok anak-anak tidur, sedih je ingat apa yang mereka lalui siang tadinya.

Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tapi mereka stay cool. Lepas 1 minit, happy semula.

Esoknya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka main, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi.

Loop ini berterusan sehinggalah sampai 1 hari, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi depan kita.

Tak lama lepas itu, tidak lagi melompat-lompat atas sofa dan katil.

Tak lama lepas itu, tiada lagi berlari-lari 2 beradik dari ruang tamu masuk bilik masuk dapur sampai jatuh bunga kita.


Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun tak nak dah. Tak nak dah dicium puas2 seperti dulu. Rimas dah didukung2 seperti dulu. Segan dah nak diajak baring dipangku sambil kita baca-baca.

Tiada lagi memory hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam bowl.

Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu.

Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment2 Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya.

Alhamdulillah dia masih setia minta saya pegang tangannya selalu.

Nanti bila dah sekolah, duduk pula asrama, mesti lagi sunyi kan..

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli