Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-Gara Gam Kuat Tertumpah Ke Seluar Seluar Dan Meresap Kena Betis

One Comment

Anak kecil sudah pastinya tidak tahu untuk bezakan mana yang bahaya atau tidak, mereka akan mencapai apa sahaja yang ada, beranggapan ia adalah barang mainan, dan tidak mengapa untuk bermain dengannya, kadang-kadang memasukkan ke dalam mulut.

Namun begitu, tidak siapa yang tahu benda buruk bakal berlaku, bagi kita yang mengangap satu barang itu tidak boleh mendatangkan kecederaan, rupanya ia salah sama sekali, jadi bertindaklah dengan menyimpan ditempat yang tidak boleh digapai anak-anak.

Anak-anak mungkin akan mengusik atau ambil sesuatu tanpa kita sedar, atau pun tanpa sengaja terkena kepada anak.

Jika dilihat kepada perkongsian Pn Fara Lia ini, kita tak menyangka hanya kerana sebotol gam, boleh mendatangkan kesan yang begitu teruk kepada anaknya. Sehinggakan doktor terpaksa mengorek/lapah betis anaknya untuk membuang gam yang terkena pada kaki anaknya.

Mari kita baca akan perkongsian dari Pn Lia ini.

(Lesson learn)

Baru ada masa nak Share (Bukan untuk menyalahkan sesiapa, hanya sekadar berkongsi kisah, semoga kita semua berhati-hati)..

Nie lah Gam yang anak Kak Farah kena.. Tengok RUPA dia, suci murni je kan.. Tapi effect dia terlalu bahaya..too danger.. kena hati-hati... 

Sebab ramai yang bertanya anak Kak Farah kena apa warded di HSNZ, so Kak Farah share (cerita ringkas).. 

Anak Kak Farah 3 year (Girl), gam ni terkena atas seluar dia, masa tu dia pakai seluar legging.. So gam ni sangat cepat menyerap dan terkena isi betis dia..



Siap kena operate lagi.. Operate bukan biasa-biasa.. Tapi akibat isi betis dia terdedah kepada gam nie, effect dia doktor terpaksa KOREK/LAPAH sampai paras lemak, untuk buang isi DAGING yang terdedah dengan merkuri Gam ni, kulit PEHA di ambil dan di tampal di BETIS..



Doktor pun dah search kandungan gam nie, memang bahaya.. 

So, ADVISE Kak Farah sape-sape ada anak hyperaktif, elakkan lah ADA GAM ni, MALANG TIDAK BERBAU.. Kak Farah sendiri pun TRAUMA dengan GAM ni.. ALLAH je yang tahu, sedih nya hati ni bila anak sakit.. Orang tua/besar macam kita ni pun kena hati-hati ye..

JOM SHARE RAMAI-RAMAI.. Semoga dibalas Pahala REZEKI kepada kite semua yang saling memberi peringatan agar orang lain lebih berhati-hati bila menggunakannye....

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli