Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ayah, Tolonglah, Kau Bercerai Hanya Dengan Ibunya, Bukan Dengan Anak

4 ulasan

Apabila berlakunya sebuah penceraian iaitu satu perbuatan halal yang paling dibenci Allah, pasti akan ada insan lain yang akan teraniaya terutamanya anak-anak.

Ia berlaku apabila ibu dan ayah akan tinggal berasingan dan lebih memeritkan apabila mereka menemui pasangan hidup yang baru dan pasti tanggungjawab baru akan bertambah.

Maka ada sebilangan mereka akan terlupa anak kandung yang tinggal berasingan dengan bekas pasangan, memang diakui ada ramai ibu ayah yang tidak mengabaikan anak mereka, tetapi sebenarnya masih ada ramai ibu bapa yang lain terus melupakan tanggungjawab mereka.

Dikongsikan oleh seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh, kisah yang berlaku kepada murid-muridnya, menurut beliau ramai antara mereka baru tahun satu begitu dahagakan kasih sayang seorang ayah yang tinggal berasingan dengan mereka selepas ibu bapa bercerai.

Ada yang bertahun-tahun tidak jumpa dengan ayah kandung mereka sendiri, jadi kerana itu ada antara mereka menjadikan beliau sebagai guru untuk mandapatkan kasih sayang seorang ayah.

Jom kita baca.


~ AYAH, TOLONGLAH! ~

Hidup aku sebagai seorang guru Tahun 1 memang dikelilingi dengan budak-budak. Dah 12 tahun begini. Tahun demi tahun, pentadbir terus menerus memberi kepercayaan pada aku bersama tahun 1.

Puas dah tolak, tapi kata mereka aku serasi dengan Tahun 1. Budak-budak suka kata mereka. Lagi pun payah nak cari guru lelaki yang sanggup pegang Tahun 1. Maka aku akur saja.

Kau nak tahu apa yang paling meruntun hati aku bila mengenali anak-anak tulus ini?
Bukan mereka dari keluarga miskin. Bukan! Bukan yang tak pandai menulis baca. Bukan!

Paling meruntun hati ialah anak-anak yang kehilangan KASIH SEORANG AYAH!


Ibubapa yang bercerai, kebanyakan anak-anak akan tinggal bersama ibu. Dan, aku nak ingatkan kaum lelaki yang bercerai dengan isteri, tolonglah sesekali pulang menjengok anak kandung kalian.

Luangkan masa sesekali bawa keluar, bermain, bertanya khabar berita dan beri kasih sayang yang selayaknya mereka terima dari kau yang bergelar ayah. Tolonglah ayah!

Aku perasan, murid yang datang bermanja dengan aku biasanya datang dari keluarga yang bercerai. Bila ditanya tentang ayah, katanya sudah betahun-tahun tidak jumpa.

Maka ada luang, mereka mendekati aku meminta perhatian dan kasih sayang yang hilang. Aku guru. Aku hanya mampu melayan sekadar cuma.

Sekadar melayan mereka bersembang, terkadang pura-pura memuji lukisan/warna atau hasil kerja yang mereka lakukan. Sebaik melangkah masuk kelas, ada sahaja murid yang hilang kasih sayang datang merapat dan bertanya,

" Cikgu. Cantik tak lukisan saya?"

" Wah! Cantiknya awak melukis. Nanti lukis lagi cikgu nak tengok ya," balas aku sambil mengusap kepala.


Aku faham, dia perlu perhatian. Maka aku luangkan sedetik untuk itu. Supaya dia rasa dihargai, supaya dia rasa disayangi.


Ayah, tolonglah!

Kau bercerai hanya dengan ibu budak itu. Dengan dia takkan pernah putus pertalian yang ada. Takkan pernah! Berikan anak kau hak mereka. Hak untuk dikasihi ayah, hak untuk disayangi seorang lelaki bergelar bapa. Tolonglah ayah!

Aku ini guru lelaki. Walau dengan murid Tahun 1, aku sangat menjaga batasan. Terutama dengan murid perempuan.

Selalu sahaja murid perempuan datang memeluk pinggang aku. Ingin saja aku balas pelukan itu, kerana aku tahu anak itu rindukan pelukan ayahnya.

Tapi tak boleh. Tidak boleh dan tidak pernah aku memeluk anak murid perempuan. Batasan aku dengan murid hanya sekadar bersalaman, dan mengusap kepala. Itu sahaja.

Luka (lutut ke atas), kencing berak, sakit perut dan sebagainya, aku rujuk pada guru perempuan. Tidak pernah aku sapu minyak angin kat perut murid perempuan, salin pakaian sebab mereka kencing dalam kain jauh sekali lah.

Setiap kali ada yang datang memeluk pinggang, aku elak cepat-cepat,

" Dah, kita nak belajar dah ni. Lagi pun tak elok orang perempuan peluk cikgu. Marah isteri cikgu nanti."

Maka dileraikan pelukan itu. Selang beberapa hari, mereka peluk lagi. Agaknya rindu terhadap ayah kandung mereka begitu sarat. Agaknya begitu. Maka, tolonglah ayah!

Meskipun aku rapat dengan mereka, namun aku ini masih orang asing. Hanya sekadar guru biasa. Aku takkan sesekali mampu menggantikan tempat istimewa kau sebagai seorang ayah dihati mereka.

Aku sekadar mampu menjadi orang tengah untuk mereka mendapat perhatian dan rasa disayangi. Dan aku memang sayang setiap anak-anak didik aku.

Aku cubalah semampu mungkin untuk melayan mereka. Membuat mereka terasa dihargai. Tapi sekadar itu cuma. Cuma sekadar kasih antara murid dan guru.

Kau ayahnya. Pulanglah sesekali. Pulanglah untuk mengubat kerinduan mereka.

Ayah. Tolonglah!

MFS

- Mengapa dibiar anak terus merindu? Mengapa?

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

  4. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini

    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) | pin bb : 58cd29

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli