Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) "Terima Kasih Abang JPJ," Bapa Terharu JPJ "Escort'' Perjalannnya Kes Hospital Selepas Anak 14 Bulan Diserang Sawan


Tindakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengiringi kereta Muhammad Saiful Jaffar, 36, mendapat pujian orang ramai setelah tular di laman Facebook pada jam 7.09 petang, 18 Ogos lalu.

“Terima kasih kepada mereka berdua, walaupun itu bukan tugas mereka, tetapi atas dasar kemanusiaan mereka tetap membantu,” kata Muhammad Saiful.

Apabila menceritakan mengenai kejadian dibantu dua anggota JPJ ketika dia sedang berhadapan detik cemas apabila anak bongsunya mengalami demam panas dan sawan ketika di dalam kereta.

Muhamad Saiful dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Pelek, Sepang Ke Hospital Serdang untuk membawa anaknya, Aryan yang berusia 14 bulan yang tidak sihat.

Aryan pada ketika itu dalam pangkuan isterinya, Nellie Ismail, 35, mengalami sawan menyebabkan beliau telah memandu melebihi had laju sambil menghidupkan lampu kecemasan.

“Ketika berhenti di lampu isyarat di jalan KLIA 1, ada kenderaan JPJ di hadapan kami dan saya terus pergi keluar kereta dan pergi kepada mereka.



“Saya memaklumkan kepada anggota terbabit, saya meminta maaf kerana mahu memandu laju disebabkan bayi kekejangan demam panas,” tambahnya.

Namun, anggota JPJ terbabit memberitahu mereka mahu mengiringi keretanya dan dia akan memandu sambil mengekori kereta JPJ tersebut.

“Saya mengekori kenderaan JPJ sehingga Putrajaya berdekatan susur ke Hospital Serdang. Laluan itu bukan lebuh raya tapi jalan lama yang banyak digunakan oleh kenderaan pengguna lain.

“Alhamdulillah, dengan bantuan mereka, saya sampai ke hospital lebih cepat. Terima kasih kepada mereka berdua,” katanya

Dua anggota JPJ tersebut ialah Mohd Azizul Mohd Anuar, 33, serta Mohd Taufik Ramli, 31, iaitu pembantu penguat kuasa dari JPJ Selangor.

Mohd Azizul berkata  dia memahami situasi bapa yang berdepan dengan keadaan anak ditimpa sakit memandangkan dia juga mempunyai seorang anak.

Sumber- Harian Metro
Facebook- El Marine
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli