Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Perkara Penting Dalam Pemeriksaan Hartanah, Langkah Yang Tidak Harus Diendahkan Sebelum Beli Rumah

3 ulasan

Membeli sesuatu unit hartanah memerlukan masa yang panjang dan lama, ianya termasuk juga dari permulaaan, iaitu memilih, memeriksa hartanah juga proses kelulusan pembiayaan.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli satu-satu unit rumah, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan, dan ianya adalah pemeriksaan hartanah.

Menerusi perkongsin dari pakar hartanah ini, iaitu Amir Syahir, pemriksaan ini ada beberapa langkah yang berbeza.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Panduan Pemeriksaan Hartanah

Sebelum nak beli rumah, kau mesti kena tengok dulu keadaan rumah tu. Dan sebelum tengok rumah, kau mesti ada serba sedikit ilmu. Bukan main terjah je.

Ilmu pemeriksaan hartanah penting untuk korang periksa keadaan rumah disamping untuk dapatkan diskaun dengan tuan rumah.

Ini antara perkara yang kau boleh jadikan panduan semasa membuat pemeriksaan hartanah / rumah subsale yang hendak dibeli :

Selepas ada duit pendahuluan, laporan CCRIS pun cantik, DSR dalam kawalan, semua dokumen berkaitan sudah tersedia, sekarang ayuh kita belajar ilmu pemeriksaan hartanah yang hendak dibeli.


Pemeriksaan dalaman hartanah

1. Periksa suis semua lampu dan kipas. Boleh juga periksa poin elektrik untuk memastikan semua berfungsi dengan baik.

2. Periksa aliran air. Adakah air mengalir dengan laju ataupun perlahan. Pastikan air bersih dan tidak berbau serta tidak keruh. Unit apartment dan hartanah jenis bertingkat, wajib buat ini.

3. Periksa juga kat dalam tandas. Pastikan jamban tak tersumbat dan boleh flush tanpa sebarang masalah.

4. Tombol pintu dan semua pintu-pintu bilik. Periksa sama ada ia masih berfungsi dengan elok atau tidak.

5. Sinki dapur. Tersumbat atau tidak. Pastikan sinki dapaur juga tidak bocor dan menitis ke lantai.

6. Dinding yang retak (ini penting). Kalau ada, ambil gambar sebagai bukti. Mungkin ia keretakan dalaman yang kritikal dan bakal menelan kos ribuan ringgit.

7. Periksa tiles atau lantai yang pecah atau rosak.

8. Periksa juga cermin tingkap di dalam bilik. Ada juga cermin habis pecah, tingkap tiada, hanya ditutup dengan kain sahaja.

9. Periksa keadaan setiap bilik, ruang tamu dan catit segala kerosakan.

10. Tengok juga keadaan dalaman rumah, jika cat dah lama, dinding kayu berlubang-lubang, boleh bincang dengan tuan rumah atau pun ejen hartanah untuk dapatkan harga diskaun.


Pemeriksaan luaran hartanah

1. Periksa kawasan sekitar unit yang hendak dibeli. Adakah ia kawasan bahaya, dekat dengan hutan, dekat dengan perkuburan atau pun kawasan terpencil.

2. Laluan masuk ke unit tersebut. Jalan dekat sekitar kawasan unit itu. Ada jalan yang sesak tak? Kalau sesak, itu tanda yang penduduk kat situ ramai. Peluang nak sewakan pun jadi tinggi.

3. Periksa bahagian tangga, kawasan depan lif, kawasan sekeliling rumah.

4. Periksa kawasan tong sampah.

5. Periksa target penyewa kita. Adakah unit itu berdekatan dengan pusat pengajian, hospital, pusat membeli belah, tempat makan, laluan lebuh raya, pengangkutan awam dan sebagainya.

6. Kawasan parkir kereta. Adakah senang untuk parkir kenderaan nanti.

7. Kejiranan (ini amat panting). Kalau majoriti warganegara lain sangat ramai, atau pun ramai pekerja asing. Fikirkan balik untuk beli unit itu.


Periksa maklumat hartanah

1. Periksa status hartanah sama ada ia ‘leasehold’ atau ‘freehold’. Tengok berapa tahun tingal (untuk unit ‘leasehold’)

2. Tanya tuan rumah atau pun ejen hartanah berapa ‘maintenance fee’. Jika unit apartement atau kondominium.

3. Dapatkan maklumat pasal sebarang hutang tertunggak yang ada, seperti bil air dan elektrik. Kos cukai pintu dan sebagainya.

4. Nilai hartanah, nilai pasaran. Nilai hartanah yang tuan rumah hendak jual.

5. Belajar kira berapa peratus ‘rental yield’ jika beli unit tersebut untuk pelaburan hartanah.

Cara kira hasil sewaan (rental yield)

Hasil sewaan (%):

(Anggaran sewa sebulan X 12) / (Nilai pembelian hartanah) X 100

Katakan, anggaran sewa bulanan sebanyak RM800, dan nilai pembelian hartanah adalah RM120,000:

(RM800 X 12) / RM120,000 X 100 = 8%

- Rental yield atas 7.5% adalah terbaik dan berbaloi.

- Seeloknya beli harga rumah yang bawah nilai harga pasaran.


Analisa kasar menggunakan SWOT Analisis

Apabila kita buat analisa, kita akan tahu hertanah itu wajar untuk kita beli atau tidak. Kalau banyak ‘strength’ dan ‘opportunities’, terus bayar ‘booking fees’.

S (strength): Kelebihan dan kekuatan hartanah yang boleh dibuat sebagai aset pelaburan.

W (weakness): Kekurangan atau kelemahan hartanah itu, dan ia ada potensi buatkan kita rugi jika beli.

O (opportunities): Faktor luaran hartanah itu yang akan untungkan kita bila beli nanti.

T (threats): Faktor luaran hartanah yang mungkin akan mengancam pelaburan kita jadi rugi, atau ancaman yang kita tak ammpu nak memiliki hartanah itu.


Selepas pemeriksaan hartanah

- Selepas berpuas hati dengan pemeriksaan hartanah, terus bayar ‘booking fees’. 3% - 3.18% daripada harga hartanah.

- Jangan bayar terus tunai kepada ejen hartanah. Tapi bayarlah ke dalam akaun agensi ejen itu berada.

- Minta pendapat kwana-kawan yang boleh beri idea bernas.

- Jika masa pemeriksaan hartanah dilakukan dan ada lagi inventori seperti almari, katil dan semua barang dalam unit tersebut boleh tanya ia termasuk dalam harga jualan atau pun tidak.

- Minta ejen atau penjual buat senarai apa inventori yang dimasukkan sekali dalam harga belian, supaya kita tahu apa yang kita dapat dan yang tak dapat. Biar ada hitam putih.

Kesimpulan

- Seeloknya semasa pemeriksaan hartanah, datanglah berteman. Bawa kawan yang arif tentang hartanah.

- Sentiasa catit dan ambil gambar yang berkaitan jika ada kerosakan pada hartanah tersebut.

- Jika ada persoalan, terus tanya ejen atau penjual pada waktu itu juga.

- Proses beli rumah pertama nempak begitu rumit, tetapi anda telah melangkah satu tapak untuk memiliki hartanah sendiri.

***
Share | Tag jika bermanfaat. Kah!

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  3. AJO_QQ poker online terpercaya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli