Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Cara Ibu Bapa Boleh Lakukan Untuk Bantu Anak Alami ‘Speech Delay’, Dari Sudut Pandang ‘Occupational Therapist’

3 ulasan
Foto: momjunction

Ibu bapa mana yang tidak risau sekiranya anak sakit, atau tidak seperti kanak-kanak yangs ebaya dengan diri mereka, yang mana dapat dilihat perbezaan tersebut.

Ia sedikits ebanyak buatkan ibu bapa ingin membantu dan berikan yang terbaik pada anak ini, supaya mereka dapat berkomunikasi dan bermain dengan lebih sempurna.

Bagi kanak-kanak yang alami ‘speech delay’ iaitu lewat bertutur, mereka mungkin alami kecelaruan dalam perseptual dan sensor, yang mana menurut Occupational Therapist, Pn Siti ‘Aisyah Rozalli, ada cara yang boleh ibu bapa lakukan dalam membantu anak kecil ini.

Foto: alphamom

SPEECH DELAY DARI SUDUT PANDANG OCCUPATIONAL THERAPIST

Seorang Pediatric Occupational Therapist sangat menitik beratkan kebolehan klien kecilnya berfungsi. Untuk seorang kanak-kanak, kebolehan berkomunikasi adalah amat penting bagi mereka boleh belajar pelbagai kemahiran penting setiap hari.

Kebelakangan ini, saya banyak bertemu kes-kes lewat bertutur atau lebih biasa dipanggil Speech Delay.


Melihat kepada perspektif teori Piramid Pembelajaran oleh William & Shellenberger, keupayaan bahasa dan pertuturan termasuk di bahagian kemahiran yang paling tinggi dalam piramid. 

Dan menurut teori ini juga, sebarang gangguan pada kefungsian dalam mana-mana level dalam piramid, akan menyebabkan kesukaran untuk memperoleh kemahiran penting seperti: komunikasi, bahasa, urus diri dan kemahiran akademik.

Jadi, seorang Occupational Therapist akan melakukan penilaian untuk mengenal pasti samada kanak-kanak speech delay tersebut mempunyai kelewatan atau kecelaruan dalam mana-mana aspek di bahagian bawah piramid:

1. Sensori merupakan asas kepada perkembangan yang baik. 

Contohnya: jika kanak-kanak mengalami gangguan dalam pemprosesan sensori auditori (pendengaran) di mana membuatkan kanak-kanak terlalu sensitif dengan bunyi, kanak-kanak akan sukar untuk memberi tumpuan kepada bunyi penting yang akan membantunya belajar bercakap dari sekelilingnya.

2. Sensori-motor

Sensori-motor merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk mempunyai kesedaran kepada fungsi pergerakan tubuhnya. Bila kanak-kanak sedar bagaimana untuk mengawal pergerakan aspek-aspek motor tubuh dengan baik, lebih mudah untuk kanak-kanak berhubung dengan persekitarannya.

3. Perseptual merujuk kepada daya kanak-kanak faham dan mengaitkan dirinya dengan apa yang dipelajarinya dari persekitaran. 

Kanak-kanak yang mempunyai daya kefahaman yang rendah, berkemungkinan mempunyai daya tumpuan dan fokus yang rendah. Yang seterusnya melambatkan perkembangan sosial, komunikasia, bahasa dan pertuturan mereka.

Foto: parentune

Berikut saya senaraikan 5 TIPS mudah untuk ibu bapa yang punya anak-anak Speech Delay dan late-talker:

1. PASTIKAN ANAK-ANAK KENAL OBJEK, KATA KERJA & KATA SIFAT DALAM PENGURUSAN DIRI HARIANNYA

Waktu aktiviti pengurusan diri harian, adalah waktu yang paling banyak stimulasi bahasa dan komunikasi boleh diberikan kepada anak-anak ini. 

Semasa anak mahu memakai baju contohnya, ibu boleh memberikan arahan "adik, ambil baju tu" (adik: kata nama, ambil: kata kerja). Ini boleh melatih kebolehan reseptif dan tumpuan anak pada ayat yang diberikan oleh ibu padanya. 

Stimulasi berterusan akan menambahkan kosa kata anak-anak dan seterusnya meningkatkan kefahaman bahasa anak-anak. Informasi bahasa yang berterusan ini akan disimpan di dalam otak untuk menunggu masa yang sesuai bagi digunakan oleh anak-anak.

Foto: schooladvisor

2. AJAR ANAK PERMAINAN MOTOR KASAR YANG BERSIFAT SOSIAL

"PERGERAKAN MENGHASILKAN PEMBELAJARAN". Itu merupakan satu slogan yang saya pegang sejak belajar ilmu edu-kinesiology (BrainGym). 

Telah ramai anak-anak yang saya nampak perkembangan positif mereka apabila pembelajaran diintegrasikan dengan pergerakan. 

Bermain aktiviti motor kasar seperti teng-teng, panjat-panjat, main bola yang disertakan dengan stimulasi bersifat sosial seperti

♢ menunggu giliran
♢ menunggu arahan
♢ sequencing (mengingat langkah-langkah semasa aktiviti)

Akan memberikan stimulasi sosial, komunikasi dan bahasa yang pelbagai untuk anak-anak dalam keadaan yang menyeronokkan dan menepati fitrah anak-anak. Fitrah anak-anak terutamanya anak kecil adalah bermain dan bergerak, bukan duduk dan dengar.

Foto: readerdigest

3. BERADA PARAS MATA DENGAN ANAK SEMASA BERCAKAP DENGAN ANAK

Jika anak berdiri, rendahkan tubuh anda supaya wajah anda dan wajah anak berada di paras yang sama. Jika anak anda duduk, duduk sekali bersama anak anda. Jika anak anda baring, baring sekali bersama anak anda. 

Berada paras mata dengan anak akan membantu anak fokus dengan lebih mudah pada ekspresi wajah anda, pergerakan mulut anda dan apa yang sedang anda perkatakan. Ingat. Komunikasi dan sosial bukan hanya pada pertuturan. 

Tetapi juga pada keupayaan anak untuk mengawal emosi, belajar faham orang lain dan perhatian pada perubahan persekitarannya.

Foto: pinterest

4. MAIN PERMAINAN YANG BOLEH MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN ANAK-ANAK

Daya tumpuan adalah penting bagi membolehkan anak-anak kekal pada konversasi yang sedang dilakukan oleh ibu bapa. Aktiviti motor kasar dan aktiviti motor halus yang terancang akan membantu meningkatkan daya tumpuan anak-anak. 

Contoh aktiviti motor kasar termasuk: membaling bola ke dalam bakul, menendang bola ke dalam gol, menyambut bulu tangkis dengan raket badminton, teng-teng dan memanjat pokok. 

Antara aktiviti motor halus yang boleh membantu daya tumpuan dan fokus termasuk: memasukkan guli ke dalam botol bermuncung kecil, menganyam tali ke dalam lubang kasut, memasukkan syiling ke dalam lubang, dan memasukkan manik ke dalam tali.

Foto: kidsintransition

5. GUNAKAN GALAKAN POSITIF SEMASA MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA ANAK

Galakan sosial positif seperti pujian, keberadaan anda semasa anak melakukan aktiviti, kata-kata rangsangan akan meningkatkan keyakinan anak untuk terus melakukan aktiviti bersama anda. Jangan lupa untuk memasukkan elemen bahasa semasa melakukan aktiviti bersama anak anda. 

Contohnya: semasa anda minta "adik, masukkan manik merah", dan anak anda boleh melakukannya (kenal apa itu manik merah), pujinya dengan suara yang paling ceria "waaa!! pandainya!!!!" 

Bila ayah pulang, ceritakan pada ayah "ayah tahu? adik dah kenal manik merah!" dihadapan anak tadi. Anak yang berasa seronok akan terus termotivasi untuk melakukan aktiviti dengan ibu / bapanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Permisi Ya Admin Numpang Promo | AJOQQ | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar| pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli