Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Cara Untuk Hilangkan Bau Kurang Menyenangkan, Disebabkan Peluh Berlebihan Di Bawah Lengan

2 ulasan

Buat mereka yang mudah berpeluh, ia sedikit sebanyak berikan ketidakselesaan, bukan saja kepda empunya badan tetapi juga orang sekeliling, lebih-lebih lagi jika ia berbau dengan agak kuat.

Kita sukar untuk mengawalnya, kerana ada ketikanya dengan cuaca yang panas, tertekan, atau pun jika buat aktiviti, sudah pasti badan akan mengeluarkan peluh.

Tapi, jika ianya terlalu berlebihan, khusiusnya dekat bahagian bawah lengan, ia mungkin akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan walaupun telah memakai ‘deodorant’.

Untuk itu, ada 8 cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini, yang mana secara tidak langsung dapat selamatkan baju putih dari kekuningan.

1. Pencuci tangan antibakteria

Jika anda sudah mula untuk berbau peluh, tapi tidak ada peluang untuk mandi, boleh lap bahagian bawah lengan dengan kain/tisu/tisu basah. Kemudian sapukan pencuci tangan antibakteria, ia bantu untuk membunuh kuman yang menyebabkan punca bau.

2. 'Hydrogen peroxide'

‘Hydrogen peroxide’ adalah satu antiseptic yang melawan kuman/bakteria dan membantu untuk menangani bau yang tidak menyenangkan sepanjang hari.

Tambah satu sudu ‘hydrogen peroxide’ ke dalam separuh cawan air, dan letakkan campuran ini ke bawah lengan yang telah kering dan bersih pada awal pagi.

3.'Baking soda'

Sekiranya anda amat mementngkan guna bahan semula jadi, boleh cuba ‘baking soda’ sebagi anti-peluh, sapukan pada kulit yang lembap dan buang lebihan yang ada.

Jika anda seorang yang kuat bersukan, ‘isotonik’ buatan sendiri akan kurangkan anda dari berpeluh

i. 2 sudu ‘baking soda’
ii. 1 sudu garam
iii. 1 sudu gula
iv. 1 liter air

Minum satu gelas setiap pagi. Jika sukar untuk minum sekaligus, minum secara berkala sepanjang hari.

4. 'Aluminium chloride'

Jika peluh terlalu berlebihan, boleh gunakan ‘deodorant’ yang tinggi dengan ‘aluminium chloride’. Ini kerana ia membantu untuk kurangkan peluh walau di hari panas.

Sumber: Brightside

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli