Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Kongsi Tips Penjagaan Badan Semasa Dalam Pantang

One Comment

Berpantang merupakan perkara wajib dilakukan bagi seorang wanita yang baru bersalin. Setiap kaum dan bangsa memiliki cara berpantang yang tersendiri yang pastinya memberi kesan yang baik kepada ibu dan bayi.

Dikatakan, berpantang adalah perkara yang sangat penting untuk dilakukan dan boleh membawa pelbagai kesan buruk sekiranya amalan berpantang tidak di amalkan selepas bersalin.

Bagi sesetengah wanita diluar sana, amalan berpantang agak sukar untuk diteruskan tanpa pengawasan orang yang lebih arif. Menerusi perkongsian tips jaga badan semasa berpantang daripada Zaza Zaura, kita dapat pelajari tips dan amalan yang boleh diamalkan semasa berpantang. Demi mendapatkan tubuh badan yang sihat, langsing dan cantik.

Mari baca tips amalan semasa berpantang daripada Zaza Zaura ini.



Saya amal,saya kongsi #carasaya jaga badan terutama bila dalam pantang/selepas bersalin walaupon dah nak masuk anak ke 4.

Okey jom start :

Tak ada yang luarbiasa bila cerita bab jaga badan,nak cantik apapon perlu disiplin dan kene sabar.

1. Amal herba/jamu

Yes, benda  yang hari2 saya share hari2 saya post adalah jamu. Kenapa jamu? sejak beranak 1 lagi saya dah diajar makan jamu oleh mak saya lepas je 20hari dalam pantang saya mula makan jamu. Sementara tunggu nifas kering, saya ambil makanan sunnah seperti kurma, kismis. Sekarang banyak produk berasaskan sunnah. Kalau dulu saya start dengan air rebusan akar kayu pure tok saya bekalkan. Best minum air akar kayu ni,memula tak perasan dah seminggu nampak pipi dah pink2.Sebab sihat dalaman,darah "berjalan". Alhamdulillah anak sulong saya tak kena demam kuning so saya amalkan herba2 dengan cepat. Selain minum herba, mandian herba juga tak ketinggalan. Keluar je hospital terus mak saya rebus daun-daun serum untuk sy mandi.

2. Berurut

Part ni memang saya paling suka boleh dikatakan sebulan sekali saya akan panggil makcik urut dalam berurut saya. Jangan tak tahu berurut bagus bukan setakat buang2 angin tapi bagus untuk bentukkan balik pinggul,breast kita ke bentuk asal. Betulkan urat2 yang tersimpul baru lah rasa ringan aje badan.

3. Kurang pengambilan air masak ketika pantang

Yang ni mungkin ramai rasa agak mengarut tapi ntah lah, saya mmg dah diajar dari dalam pantang kurangkan minum air masak tapi gantikan dengan air kayu sepang. Air kayu ni mak saya akan siap2 kan letak tepi katil."Kalau haus,minum ni..." kata mak saya sampai sekarang walaupon pantang sendiri saya still ingat dan amalkan. Kayu sepang ni boleh beli dikedai2 ubar cina.Minum air dalam keadaan duduk bukan berdiri.

4. Bertungku 

Ramai yang malas bab ni kan? tapi saya tak!! Saya ada 3 jenis tungku dan paling saya suka, tungku jenis besi bulat size kecil. Saya akan tungku 2-3kali sehari biasanya waktu subuh..selepas mandi bagi badan hangat semula dan malam sekali sebelum makan. Tungku bukan setakat kat perut,pinggul + betis + celah kangkang.Banyak kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin. Bersalin no 2 saya kene rengat teruk so dengan bertungku la dapat legakan rengat.

5. Berbengkung

Yang ni pon part paling saya disiplin, saya pakai bengkung 44hari buka hanya time mandi/buang air.
Yang ni la kunci paling utama untuk perut kekal xbuncit. Saya akan pakai bengkung selepas bertungku dan sebelum makan. Kenapa? bila makan dalam berbengkung diperut,sy akan makan sikit.Bukan diet tapi dalam pantang makan sikit2 tapi kerap,itu pesan orang lama2 dan sy ambil pakai.Alhamdulillah..mmg berhasil dan saya bersalin normal,sapu kapur + limau nipis..ampun,seksa.Tapi skrg dah guna krim2 barut + losen panas so senang.  Bengkung ikat dari peha sampai atas.Untuk saya kecilkan balik peha2 that why saya bengkung dari peha. Time ni la jalan terkepit-kepit hihi

6. Jaga makan

Ada kala terbabas juga lagi2 duk tengok menu pantang sekarang rasa macam pelik2.Suka saya kongsi yang saya memang tak makan benda2 lauk bergoreng dalam pantang sebab minyak.Minyak ni la yang buatkan kita lambat nak slim.Apa2 punca pon saya percaya dari permakanan dan perut kita so saya elakkan bende2 makanan yang sejuk,santan,berminyak dan bergoreng. Saya tak diet tapi saya amalkan makan cukup masa,nasi separuh tapi kerap. Faham kan...Ayam daging saya lambatkan makan biasenya masuk hari ke 20 dalam pantang baru start mkn. Awal2 makan ikan selar aje lerrr. Ikan kering tak sentuh kadang makan ikan bilis pun tak boleh, boleh buatkan "tut" gatal and bebau.

7. Berstokin

Angin mudah masuk melalui kaki so pakai stokin sangat perlu even tak dalam pantang sekalipun. Saya berstokin dalam pantang part jari ibu kaki la paling takut tersepak takot tumpah darah pesan orang tua2 so jangan malas pakai stokin.

8. Aircond

Saya cuba elakkan aircond cuma kadang bila bersalin dalam bilik hospital 2-3 hari yg dah ada aircond so tak dapat nak dielakkan tapi berpantang memang tak duduk dalam aircond. Saya tak boleh sejuk and tak tahan sejuk.

9. Pantang bersama suami

100 hari sebolehnya tapi 60hari pun awal so cuba la elak. Even dalam pantang jangan cuba2 utk berasa berahi kerana urat boleh kembang.

10. Elak angkat benda berat/ senaman berat

Awal2 saya memang tak berani angkat barang berat2 kadang dukung anak 2tahun pon tak berani takot peranakan turun apatah lagi senaman berat. Silap haribulan boleh buasir or tombong. Basuh baju/basuh pinggan paling saya pantang sebab terkena air,sy cuba elakkan dari banyak kene air.Nak berpeluh cara melayu..paling sy suka BERSALAI,bertangas..yaa ampun best sangat. Peluh keluar tik tikk macam mandi

11. Pantang keluar rumah.

Last, saya sememangnya akan pantang keluar umah selagi boleh lagi seksa bila berpantang dengan toki saya.  Nak keluar duk depan umah pun dia tak kasi. Takdek nak melawo-lawo, takdek nak mekap2..pantang time raya pun ,just kain batik saje. Time ni saya "busuk2 aje". Tapi bila habis je dah "pelepas" pantang, terus start melawo. Haaa time tu la bagaikan dihidupkan semula.
Lepas bersalin urat kita kembang,bukan kembang kita gemuk sebab tu tak guna time ni kita mekap2,kita kena sihatkan dulu dalaman.Percaya la,tak rugi dan tak menyesal cuma perlu bersabar.

Suami TOLONG ambil bahagian bila isteri dalam pantang, awak juga nak isteri awak cantik kan?
Apapun perkongsian saya agar dapat manfaat buat semua.




Sumber - Zaza Zaura

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli