Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Rakyat Malaysia Dikecualikan Dari Membayar Cukai Pelancongan Bagi Semua Jenis Hotel - Nazri Aziz

Foto: Bernama

Kuala Lumpur, 26 Julai - Rakyat Malaysia dikecualikan dari membayar cukai pelancongan untuk sebarang jenis hotel ataupun apa-apa jenis penginapan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz sebentar tadi.

Sementara itu, pelancong asing dikenakan cukai kadar rata RM10 bagi setiap malam untuk semua jenis penginapan.

"Saya sebut dengan jelas, iaitu bahawa kita mengenakan RM10 rata daripada 5 bintang kepada 0 bintang (kepada pelancong asing).

"Dan jelas saya sebut tadi, rakyat Malaysia tidak perlu membayar cukai. Mereka dikecualikan dari (penginapan) 5 bintang kepada 0 bintang," kata Nazri di Parlimen.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli