Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Raja Salman Arah Tangkap Putera Kerabat Raja Selepas Video Dera Orang Awam Tular

2 ulasan

Putera Saud Bin Abdulaziz bin Musaed bin Saud bin Abdulaziz Al Saud, seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi telah dikenakan arahan penangkapan di atas kesalahannya yang mendera rakyat secara lisan dan fizikal dalam sebuah video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Waran segera dikeluarkan atas arahan Raja Arab Saudi, Raja Salman yang meminta Polis Riyadh menangkap Putera tersebut dan dikenakan hukuman penjara bersama setiap individu yang terlibat dalam tingkah laku tidak bermoral itu.


Dalam video yang dimuat naik ke Youtube dan Twitter semalam, kelihatan rakaman dimana putera itu menendang seorang lelaki yang duduk dikerusi selain mengacukan raifal kpada dua orang lelaki dengan salah seorang dari mereka berdarah di bahagian kepala.

Satu klip yang ditonton lebih 760,000 kali memaparkan 18 botol wiski Johnnie Walker Red Label bersama sejumlah wang tunai di atas meja. Penjualan dan minum minuman keras adalah dilarang di Arab Saudi.

Terdapat satu lagi rakaman menunjukkan seorang lelaki duduk dalam kereta dengan mulutnya yang berdarah hingga menitik ke baju sambil dicerca kerana meletak kenderaan di hadapan sebuah rumah.

Menurut laporan dari media tempatan Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan penyiasatan sepenuhnya dijalankan ke atas kes ini dan tiada siapa yang terlibat boleh membebaskan diri sehingga mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman.

Arahan raja itu menekankan bahawa undang-undang tersebut harus dikenkan kepada setiap individu yang didapati bersalah tanpa mengira status dan pangkat.

Ini bukan kali pertama di mana tindakan guaman diambil dengan pantas dan secara terbuka terhadap seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Hari ini, satu video tersiar menunjukkan putera itu bawa keluar dari bangunan oleh polis dengan keadaan tangannya di gari.

Sumber - The Independent Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam
  2. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli