Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki Menangis Sambil Bantu Tolak Orang Berkerusi Roda Kerjakan Tawaf Jadi Viral


Satu video yang merakamkan seorang lelaki menangis sambil membantu menolak seorang lelaki berkerusi roda mengerjakan tawaf menjadi viral di media sosial Twitter.

Video yang dimuat naik oleh Sayda Zainab itu merakamkan seorang lelaki yang berkerusi roda ditolak oleh seorang lelaki lain ketika kedua-dua mereka mengerjakan umrah.

"Saya dah habis pusingan pertama. Kini saya dah mula penat." kata lelaki di atas kerusi roda itu.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki tampil membantu lelaki berkenaan dari belakang.

"Kami tak kenal antara satu sama lain." kata lelaki berkenaan kepada kamera.

Bercakap kepada orang yang menolaknya, lelaki berkerusi roda itu berkata:

"Semoga Tuhan merahmati kamu. Semoga dia memberikan kamu syurga." katanya sambil kedengaran lelaki yang dibelakangnya itu menangis.

Video yang meraih perkongsian sebanyak 8,000 kali itu berakhir dengan kedua-dua lelaki berkenaan berpelukan dan lelaki berkerusi roda menyapu air mata di mukanya.

Bagaimanapun, ada netizen yang mendakwa lelaki berkerusi roda itu sebenarnya tidak cacat dan sedang melakukan eksperimen sosial.

"Lelaki ini bukannya cacat, dia sedang melakukan eksperimen sosial... Dia membiarkan sahaja lelaki tua itu menolaknya, tak bagus." katan @everydaynoir.

Namun, orang ramai memuji keikhlasan orang tua itu berbuat kebaikan sehingga mengalirkan air mata.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli