Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Hanya Guna Dua Bahan Saja, Boleh Buat Sehingga 2 Liter Yogurt, Ini Cara Bagaimana Nak Buat Yogurt Sendiri

2 ulasan

Sebut saja yogurt, pastinya ramai yang menggemarinya, kalau pergi pasaraya sudah pasti beli satu atau dua bekas, lagi-lagi kalau dapat makan waktu panas. Dengan rasa masam-masamnya, buat deria rasa terbangun.

Bukan itu saja, kadang-kadang ada banyak campuran buah-buah dalam yogurt ini, tapi kalau nak beli semua sebab nak rasa setiap satu, memang taklah kan.

Ada ketikanya mengidam juga nak makan yogurt ni, tapi tak rajin nak drive keluar, hanya semata-mata nak beli sebekas yogurt ni.

Macam mana pula, kalau boleh buat sendiri yogurt ini? Jom kita ikuti perkongsian Dilla Min ni, macam mana caranya nak buat yogurt sendiri.

Yogurt Homemade

Kalau suka makan yogurt, seronok kalau dapat buat sendiri di rumah, jimat boleh makan bebanyak, dan paling penting kita tau tahap kebersihannya.

Kakdill belajar resepi ni dari mak mentua, resepi asal dari China. Setiap kali kakdill buat pak mentua siap pesan, simpan dalam freezer kalau kat luar lelama boleh jadi tambah masam. Risau betul dia.

Jom tengok caranya di gambar. Dah cuba nanti, boleh share dekat sini.

1. Bahan kakdill guna dua benda alah ni je


i. Fresh milk full cream. 

Antara brand susu, kakdill prefer yang ni. Yogurt jadi sedap berlemak. Kalau ikut resepi mak mentua, kat sana diorang gunakan susu segar dari yak. Mesti lagi sedap rasanya.

ii. Plain yogurt.

Kakdill simpankan sikit dari yogurt yang kakdill buat sebelum ni. 5-6 sudu besar pun dah cukup. Kita nakkan kultur hidup itu je sebab bakteria baik tu nanti yang akan tukarkan susu kepada yogurt.

2. Guna 'plain yogurt'


Untuk permulaan boleh guna plain yogurt ni, pastikan bukan yang berperisa. Tak kisah brand apa, pastikan natural. Next nanti tak payah beli lagi, juz simpan sikit untuk buat yogurt yang seterusnya.

Satu bekas ni dah cukup untuk seliter ke 2 liter susu..nak buat lagi banyak pun buleh.

3. Panaskan susu, hingga mendidih dan berbuih halus. 


Jangan tinggalkan, kacau perlahan-lahan supaya susu tak berkerak di bawah. Kemudian tutup api. Biarkan sehingga suam.

Untuk suamkan, korang bolehlah pindahkan ke bekas simpanan, paling baik bekas kacalah sebab susu tu panas. Kakdill suamkan dalam ni je sebab periuk ni memang dikhaskan untuk yogurt saje.

4. Bila susu dah suam. Pastikan susu tak panas dan tak terlalu sejuk


Kalau panas bakteria tu akan mati dan kalau sejuk, bakteria tu tak aktif pulak. Korang simpan la 2 hari 2 malam pun takkan jadi.

Bila suhu dah sesuai , campur dan kacau hingga sebati. Kemudian tutup rapat-rapat. Boleh tutupkan ngan towel ke. Pastikan susu tu sentiasa suam. Kakdill letak je atas meja untuk 6-7 jam suhu bilik. Dah jadi yogurt baru kakdill simpan dalam peti sejuk.

5. Ni la kejadiannya bila dah jadi yogurt. 



Nampak tak kilatannya tu. Teh bunga tumpang interprem.

Bila dah simpan 6-7 jam tu pun dah boleh srupp srupp. Nak makan sejuk simpankan dalam peti sejuk dulu.

6. Cantik tak kejadiaanya? Macam cermin. Boleh nampak bayang henpon.



Inilah testurnya. Tak cair, tak pejal. Secukup rasa. 


Dah bolehla makan dengan oat ke, kalau dapat buat overnight oats sedapnya.. makan ngan buah ke.. buat macam salad buah, gantikan mayonis..hmm yummy..

Lepas ini bolehlah cuba, mudah je rupanya nak buat yogurt ni kan. Nanti boleh simpan, bila-bila nak makan, keluarkan je, lepas tu boleh tambah perisa, macam buah-buah dalam tu, ikut apa yang kita suka. - Siakap Keli

BACA: Nak Makan Sepotong Tak Puas, Ni Resepi Macam Mana Nak Buat Kek Keju Jepun, Lagi Gebu & Lembut
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli