Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Gambar Yang Diwarnakan Tiba-Tiba 'Hidup', Teknologi AR Berjaya Tarik Ramai Kanak-Kanak Teruja Belajar Mewarna


Dek perkembangan teknologi yang semakin maju, pelbagai teknologi baru yang muncul dalam semua bidang termasuk peralatan ketenteraan, pebinaan, pendidikan, perfileman dan pelbagai lagi.

Dari pendidikan awal kanak-kanak iaitu anak kita di rumah, pelbagai peralatan yang boleh kita beli untuk mengajar mereka seperti mainan, permainan blok, warna untuk menulis, melukis serta mewarna dan pelbagai lagi yang boleh membantu pembelajaran mereka.

Jika menarik permainan itu, mereka sudah pasti akan suka dan asyik dengannya, ini sekaligus dapat mengatasi masalah ketagihan pada gajet yang hanya boleh dilihat tetapi bukan dipraktikkan.

Terbaca dua buah pos pagi ini kisah sebuah aplikasi yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) yang sudah pasti menarik pehatian anak-anak kita untuk belajar mewarna yang mempunyai pelbagai baik dari psikologi anak.

Apa itu Augmented Reality? tekan SINI dan SINI

Apa yang dikongsikan adalah gambar yang diwarna oleh anak mereka apabila diimbas oleh telefon bimbit, gambar itu akan 'hidup' dan bergerak sama dengan karekter yang diwarnakan oleh anak-anak kita.

Perkongsian Puan Ereen Shafreeniza, katanya seronok lihat anaknya, Qaisara bila siap mewarna, kartun itu akan jadi realiti.





Berikut pula adalah perkongsian dari Encik Abdul Hafez Zahruddin, katanya anaknya bernama Adam begitu seronok mewarna selepas nampak gambar lukisannya bergerak.

"Ni bukan budak je suka. Mak bapak budak pun suka," katanya beliau.




Caranya mudah sahaja, cuma perlu muat turun aplikasi Quiver - 3D Coloring App di app store atau Google Play, boleh pilih gambar-gambar dalam ruangan 'coloring packs' secara percuma, print keluar, selain itu ibu bapa juga boleh terus ke laman web www.quivervision.com, muat turun gambar di sana, apa pun wajib muat turun di telefon bimbit kerana imbasan hanya boleh menggunakan telefon.

Contoh gambar yang boleh dimuat turun secara percuma.

Jadi, kepada ibu bapa yang ada anak-anak kecil berumur 3-6 tahun, boleh cuba aplikasi ini, senang jer, muat turun app, pilih gambar, print, suruh anak warna, lepas sudah mewarna, imbas guna app tunjuk kat mereka, mesti tak jemu-jemu mewarna lepas ni. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli