Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Cara Buat ‘Sanggar Peppek’ & Sambal Yang mengiurkan, Resepi Pisang Goreng Penyet Masyarakat Bugis

2 ulasan

Secara kebiasaannya jika ada buah pisang, kita pasti akan membuat pisang goring, cekodok, atau pun kerepek, yang sudah menjadi makanan kita sejak dari kecil lagi.

Semakin hari, juadah dari pisang sudah mula berkembang, dan dipelbagaikan dengan adanya pisang goring cheese, yang mana jadi kegemaran ramai sehingga kini.

Mungkin ramai di antara kita yang pernah melihat video masakan, dan ada video di mana, cara mereka memasak pisang goreng dengan teknik yang berbeza mengikut tradisi kita di sini.

Ianya dikenali sebagai pisang goreng penyet, yang menjadi resepi turun temurun masyarakat bugis.

Menerusi perkongsian dari Hadija Dija, telah dikongsikan akan cara untuk membuat ‘sanggar pappek’ ini, berserta dengan sambal cicahnya sekali.

Jom kita lihat bagaimana cara nak buatnya.

Sanggar Peppek (Pisang Goreng Penyet)

Salam korang. Tetiba pulak mama jaja nak share resepi turun temurun masyarakat Bugis ni, Sanggar Pappek (Pisang goreng penyet).

Menu ni sangat popular di kalangan masyarakat Bugis di Sabah terutama di daerah Tawau Sabah. Sangattt sedap & simple jerr buat nya.

Mama jaja nak share resepi dengan kawan-kawan yang berada di semenanjung, (ramai yang minta resepi sebelum ni kan), baiklah korang di bawah ni mama jaja dah selitkan bahan-bahan dan cara untuk buat di setiap gambar, korang ikut jerr comfom menjadi.

1. Bahan utama. Pisang sanggar (Pisang Abu) yang mentah @ muda.


2. Kupaskan kulit Pisang.



3. Make sure jadi macam ni bila kupas ya 


4. Cuci pisang yang di kupas tadi, toskan dan goreng sehingga kekuningan.




5. Penyetkan pisang yang telah digoreng tadi seperti dalam gambar.

Kalau korang nak senang, X payah susah-susah, pakai pinggan duralex tu jer bagi penyet comfirm penyet sekata la pisang tu arhh.


6. Ah jadi macam ni. Lagi nipis lagi sedap bila masa nak makan nanti.



7. Goreng kan pisang yang dah di penyetkan tadi. Goreng sehingga garing or kekuningan.



8. Bahan-bahan untuk sambal.



Bahan A
*Tomato (tomato kecik or besar pun boleh).

Bahan B* Belacan.
* Cili padi.
* Garam.
* Aji.

Secukup rasa.

Tumis tomato (tomato jer tau)

Lepas tu korang tumbuk dan campur kan la sekali bahan B tadi dalam lesung tu. Seperti dalam video di bawah ni.


9. OK Dah siap untuk dihidang



10. Cicah kan macam ni, memang tak ingat jiran sebelah



Mama jaja izinkan korang untuk share banyak-banyak dengan kawan-kawan.

Jangan lupa tekan butang SHARE ya,kita share semoga bermanfaat untuk uolls.

- Siakap Keli




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli