Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Bas Dibawa Melulu Hampir Sebabkan Kemalangan, Sani Express Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Terlibat


Sejak semalam telah menjadi tular di laman sosial sebuah video dan sekeping gambar yang menunjukkan rakaman sebuah bas ekspres dipandu melulu sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Video berkenaan yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Nazrin Haikal Ruslan  telah menajdi tular sehingga dikongsikan lebih 6000 kali oleh netizen dan ditonton lebih 600 ribu kali.


Rakaman itu telah mendapat perhatian pihak pengurusan syarikat Sani Express di mana satu kenyataan media telah dikeluarkan.

Pihak Sani Express dalam kenyataan itu menyebut akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu terlibat sebaik siasatan yang dijalankan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express, Mejar Abu Bakar Bin Mohammad berkata, pihak syarikat tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu bas syarikat yang sengaja melanggar peraturan dan tidak menghormati keselamatan penumpang jalan raya.

"Kami sentiasa memberikan penekanan terhadapa keselesaan, keselamatan dan kualit perkhidmatan kepada penumpang, pengguna jalan raya dan orang awam dalam latihan pemandu yang dijalankan syarikat."

"Walaupun pelbagai latihan, arahan, peringatan, makluman dan sebagainya, masih terdapat segelintir pemandu yang masih ingkar dan gagal mengikut arahan, untuk menangani masalah ini syarikat terpaksa mengambil tindakan yang lebih drastik termauk menamatkan tugas mereka yang terlibat," jelas beliau.

Menurut beliau, mereka mengalu-alukan aduan orang ramai mengenai salah laku pemandu syarikat mereka  dengan menghubungi talian 019-2685050 atau 03-33444542 yang beroperasi 24 jam.  - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam
  2. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli