Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Air Mata Syawal 5 Beradik, Ibu Satu-Satunya Tempat Bergantung Hidup Pergi Untuk Selama-Lamanya


Sejak minggu kisah penderitaan sebuah keluarga dari Taman Perwira, Tok Saboh, Besut telah mendapat perhatian ramai di mana hari raya yang sepatutnya disambut meriah, kali ini terpaksa disambut dalam suasana hiba oleh lima orang adik beradik ini selepas ibu mereka bertarung nyawa di hospital akibat menghidap kanser payudara tahap empat.

Bagaimanapun semalam (Jumaat), dilaporkan ibu kepada lima adik beradik ini Akma Ismail, 41, telah pergi meninggalkan kelima-lima anaknya itu untuk selamanya kira-kira jam 7.15 malam di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Ketika menghembuskan nafas terakhir, hanya anak perempuannya Azrin Alia Balkis, 11, berada di sisi Allahyarham kerana empat lagi adik beradiknya berada di rumah mereka di Besut.

Pemergiannya Allahyarham Akma membuatkan Mohd Azri Irfan Zahari, 14, Mohd Azri Imran, 13, Mohd Aziq Israf, 6, Azlini Elisya Qistina, 3, dan Azrin hilang tempat bergantung di mana segala tugas sebagai ketua keluarga dipikul oleh ibu yang telah berpisah dengan bapa mereka sejak tiga tahun lalu.

Azrin dilihat tidak dapat menahan air matanya selepas mendapat 
tahu ibunya sudah tiada.

Akma yang merupakan seorang tukang jahit telah dikejarkan ke Hospital 2 minggu lalu akibat kanser payudara tahap empat dan terlantar kritikal bergantung kepada bantuan alat penafasan.

Keadaan itu menyebabkan anak-anaknya terpaksa melupakan sambutan hari raya walaupun ibu mereka sebelum itu sempat membelikan seorang sehelai baju raya baru,  Irfan, Imran dan Azrin terpaksa bergilir-gilir menjaga ibu di hospital sehingga terpaksa ponteng sekolah.

Kelima-lima beradik itu kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka yang tinggal tidak jauh dari rumah di Tok Saboh, Besut.

Untuk mereka yang ingin membantu boleh salurkan bantuan ke akaun Agro Bank di bawah milik abang sulung adik beradik ini atau boleh terus ke alamat seperti di dalam gambar.


KEMASKINI: jika akaun Agro Bank kena sekat, boleh salurkan ke akaun

No akaun: CIMB 8000844489 PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA

SILA NYATAKAN TUJUAN SUMBANGAN: KELUARGA AKMAL ISMAIL, sumbangan akan dipastikan sampai kepada kelima-lima anak ini untuk tujuan perbelanjaan harian mereka.

Untuk maklumat lanjut, penyumbang bolehlah menghubungi pejabat MAYC Kebangsaan berdasarkan maklumat berikut:

Alamat:
Ibu Pejabat MAYC Kebangsaan,
No.40, Tingkat 1, Wisma Belia,
Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.
No tel: 03-22746260
No fax: 03-22732748
Email: [email protected]

Nama Pegawai untuk dihubungi:
Saudara Rizal.

- Siakapkeli.my


Sumber: Vivi Sumanti, Astro Awani.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. Yang seruu ... dan ada hasil ,, penasaran ?? Yuk ini add saja 7+A//C+D/\8\/5[6[0]

    BalasPadam

  3. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli