Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Uber & GrabCar Kini Sah Di Sisi Undang-Undang, Dibenarkan Beroperasi

2 ulasan

KUALA LUMPUR – Uber dan GrabCar antara perkhidmatan teksi e-hailing kini merupakan salah satu pengangkutan awam yangs ah di sisi undang-undang dan ‘dihalalkan’ beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, lapor Utusan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Malaysia sekali gus menjadi negara yang pertama di dunia, dalam mengawal selia undang-undang berhubung perkhidmatan e-hailing itu.

Tambahnya lagi, pemandu-pemandu e-hailing yang berada di Semenanjung Malaysia kini tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), manakala di Sabah dan Sarawak, ia berada di bawah kuasa Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

“Semua syarikat pengendali e-hailing boleh melaksanakan perkhidmatan mereka termasuk pengendali syarikat e-hai­ling tempatan di mana-mana tempat di negara ini. Namun, terma dan syarat-syarat berkaitan belum dimuktamadkan lagi.


“Kita mahu menguatkuasakan serta-merta tetapi kita perlu mengambil kira semua perkara untuk menyelaraskannya yang dianggarkan boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun,” katanya kepada pemberita.

Katanya, layanan dan syarat-syarat yang sama akan dikenakan kepada pemandu teksi dan e-hailing, ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 bagi bacaan kedua.

Ini kerana, ia bagi memastikan industri teksi tanah air dapat terus berkembang selari dengan trend masa kini, dengan menawarkan perkhidmatan yang baik, tingkatkan taraf hidup tanpa mengabaikan golongan teksi.

“Syarat-syarat yang dikenakan kepada pe­mandu teksi pa­da wak­tu ini seperti pe­meriksaan kesihatan, pemeriksaan kendera­an berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu akan turut di­patuhi oleh pemandu-pemandu perkhid­matan e-hailing.

“Syarat-syarat ini diperlukan demi faktor keselamatan. Oleh itu, ia tidak akan dikecualikan ke­pada pemandu teksi tetapi akan turut dikenakan kepada peman­du e-hailing,” katanya.

Nancy turut berkata, pada masa ini, tiada keperluan untuk mewujudkan tribunal khusus ba­gi mengendalikan segala aduan oleh pengendali perkhidmatan e-hailing dan teksi.

“Penubuhan tribunal satu perkara yang tidak diperlukan sebab telah wujud meka­nisme sama (Jabatan Aduan SPAD),” katanya.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli