Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tips Bagaimana Untuk Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & ‘Juicy’

2 ulasan

Siapa saja yang tak suka makan buah kan, lagi-lagi yang sejuk, dapat makan waktu panas-panas memang sedap. Selalunya kita pasti akan membeli buah potong yang dijual di tepi jalan, sama ada makan begitu sahaja atau diletakkan serbuk asam.

Jika pergi ke pasar malam atau pasaraya, pasti banyak buah-buahan yang dijual, dan ia kelihatan sangat mengiurkan.

Kalau dilihat pada luaran, nampak seperti sudah masak dan manis, tapi, bila sudah sampai di rumah, dipotong untuk dimakan, rasanya tawar, dan tidak begitu berjus.

Ia sering terjadi pada buah yang dibeli sebiji terus, seperti buah tembikai susu, yang mana tidak dapat dilihat pada bahagian isinya.

Untuk elakkan perkara sebegitu berlaku lagi, Nurul Fazrena Kamal telah kongsikan petua untuk memilih buah tembikai susu yang manis. Cara ini telah digunakannya setiap kali ingin membeli buah, terutamanya tembikai susu.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.


TIPS PILIH HONEYDEW MASAK, JUICY DAN MANIS
Suka honeydew?

Kami suka. Bukan honeydew je, kami suka buah. Potong kecik- kecik, simpan dalam tupperware, bawak masuk fridge. Makan sejuk-sejuk, besttt awak! Bagus dijadikan snack sihat seisi keluarga.

Harini, Ena nak share tips yang selalu Ena buat kalau nak beli buah honeydew.

Tangkai

1) Bau di bahagian tangkainya

Ada bau manis dan fresh tak? Kalau ada, amek. Kalau takde, yok kita move on bau buah honeydew yang lain pulak. Bila ada bau tu maksudnya dah masak tu.

Kulit

2) Tidak berkilat

Kulit. Tengok kulit dia, shining tak? Kalau berkilat licin, letak. Cari yang lain. Cari yang kulitnya nampak dull, sebab kalau berkilat biasanya kerana di petik sebelum ianya masak. Atau belum masak lagi tu. Muda.

3) Warna kulit

Pilih yang warna kuning ya. Bukan putih. Bukan hijau. Kuning tanda dah ranum


4) Brown spot

Kulit lagi. Ada tak nampak macam brown spot. Kawasan coklat-coklat tu, macam dalam gambar Ena letak tu. Ha, pilih buah yang ada tanda macam ni ya. Lagi besar tanda tu lagi bagus. 

Selalu kita tak pilih kan, sebab nampak buruk je, tapi sebenarnya itulah penanda buah yang manis. Tak kan nak buah juicy je kan tapi tawar, mestilah nak yang juicy lagi maniss gitu.

Brown spot ni tanda lebah dah pernah datang pada bunga buah ni.

Saiz & Berat

5) Lebih 'juicy'

Cuba pegang buah tu, dan agak-agak berat buah tu sesuai tak dengan saiznya? Pilih buah yang 'eh saiz ko macam ni je, awat berat kemainn nih?'.

Buah yang beratnya macam terlebih berat berbanding saiz ni maksudnya isinya juicy awak.

Goncang

6) Goncang buah tu

Slow je, jangan sampai tercampak pula! Dengar, ada bunyi tak? Jika ada bunyi sikit, tu tanda dah ranum dan mekar. Bunyi bijinya tu, dah mulai lekang.

Ha. Macam ni la caranya kalau nak pilih buah honeydew yang masak, juicy lagi manis. IAllah.

Selamat mencuba!

- Siakap Keli

BACA: Tips Mudah Nak Pilih Ikan Segar di Pasar Sebelum Beli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli