Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Kes Tendang Wanita Baru Lepas Bersalin Ditahan Polis


24 Julai - Polis telah menahan dua lelaki susulan insdien seorang wanita yang baru sahaja bersalin ditendang di bahagian perut dalam satu pertengkaran yang mana video kejadian terbabit viral.

Dalam video yang viral pada hari Sabtu itu, mangsa bersemuka dengan sekumpulan remaja yang membuat bising di hadapan rumahnya di PPR Seksyen 8, Kota Damansara Dekat sini.

Mangsa menasihati kumpulan terbabit untuk beredar kerana bunyi bising itu mengganggu bayinya yang sedang tidur.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran selepas itu.

Salah seorang suspek dilihat menendang perut wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata dua lelaki yang masing-masing berusia awal 30-an ditahan hari ini, lapor mStar Online.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Wanita yang masih dalam pantang itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli