Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sudah 4 Hari, Kucing Tidak Lagi ‘Buang Hajat’ Di Tempat Yang Diletakkan Bahan Ini, Satu Lagi Cara Untuk Halang Kucing Buang Air Merata-Rata

One Comment

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, sudah pasti akan berdepan dengan situasi di mana kucing akan buang air di merata-rata tempat, lebih-lebih lagi sekiranya dibiarkan kucing tersebut berkeliaran di hadapan rumah.

Begitu juga dengan penghuni di pangsapuri atau bangunan strata, yang mana kucing-kucing yang tidak mempunyai tuan ini akan buang air di kawasan koridor. Ada ketikanya membuatkan pemilik rumah membuat laporan, dan pihak pengurusan terpaksa menangkap mereka.

Mungkin sudah membuat pelbagai cara, dengan meletakkan botol minuman, atau sembur pewangi di kawasan yang sering menjadi ‘port’ buang air buat kucing ini, tapi masih gagal membuatkan kucing-kucing ini dari buang air di kawasan itu.

Tapi, menerusi cara yang digunakan oleh saudara Osman Affan ini, dengan bajet hanya lebih kurang RM6, ia dilihat agak berkesan, dan mampu bertahan agak lama.

Mari kita lihat apakah cara yang dilakukannya.


Sejak 7 tahun lepas, saya & Puan Isteri hadapi masalah bau najis kucing setiap pagi, malah sepanjang hari. Entah kenapa kucing-kucing liar suka benor melepaskan hajatnya di kawasan yang saya tandakan merah tu.

Sudah banyak petua kami cuba. Siram minyak gas, curah klorox, beli gel khas daripada kedai kucing, sembur febreez, tabur garam, sumpit kucing..... macam-macam caralah...!

Sayang, tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas, terjumpa benda alah ni kat Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan dekat lokasi biasa tu.


Pelik tapi Alhamdulillah, sudah 4 hari, langsung tidak ada kucing yang berani melepaskan hajat mereka di lokasi-lokasi tu.

Bahan tu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah 4 hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan.


Harga sepaket pula cuma lebih kurang RM6.

Hihi... macam ejen penjual produk Daiso pulak rasanya. Tapi kalau ada mana-mana sahabat yang hadapi masalah macam saya dan belum jumpa solusinya, mungkin boleh cuba.

Selepas ini, kawasan tanaman di rumah, laman, koridor, mahu pu tempat parking mungkin tidak akan mempunyai bau najis kucing lagi. Moga-moga cara yang dikongsikan ini dapat beri keselesaan kepada kita kelak. – Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli