Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setelah Sebulan Lebih Koma, Pelajar Tahfiz Terlibat Kemalangan Van Mula Mampu Mengalirkan Air Mata Apabila Bila Disapa Ibunya


KOTA BHARU: Selepas kemalangan yang membabitkan sebuah van pelajar Maahad Tahfiz Al – Hashimi sebulan lalu, kini hanya seorang daripada mereka yang terselamat sedang dirawat di hospital kerana koma, lapor Sinar Harian.

Namun dalam satu perkembangan terbaru dilaporkan Muhammad Faiz Hafizzudin Mohd Izahir, 17, kini mula menunjukkan perkembangan positif selepas sudah mula menitiskan air mata tatkala disapa ibu bapanya sejak Jumaat lalu.

Beliau kini dikatakan sudah berada dalam keadaan separuh sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dimana dia mengalirkan air mata apabila mendengar suara ahli keluarga dan juga insan dikenalinya.

Muhammad Faiz Hafizzudin yang  lebih mesra dengan panggilan Angah kini kerap juga membuka mata dan dia juga dilihat menggerakkan mulut seakan mahu meluahkan sesuatu tetapi masih belum terdaya.

Bapanya, Mohd Izahir Kassim berkata, dalam keadaan Angah yang begini, dia dan keluarga selalu memberi kata-kata semangat dan rangsangan kepada anak keduanya itu untuk reda dengan ujian Ilahi dan kuatkan semangat.

“Saya selalu bisik, abah, ummi, abe long dan adik-adik sentiasa doakan untuk angah. Kami rindukan suara angah membaca al-Quran. Bila kata begitu air mata dia mengalir.

“Dia faham apa yang kami cakap. Mata dia berkelip-kelip laju, mulut dia bergerak-gerak mahu katakan sesuatu namun tiada suara yang kedengaran,” katanya.semalam.

Beliau merupakan antara tujuh orang pelajar yang terselamat selepas tujuh orang rakannya yang lain meninggal dunia selepas van yang dinaiki dia bersama 13 rakan dan ustaznya terlibat dalam kemalangan yang merempuh sebuah rumah Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, di Telekung pada 2 Jun lalu.

BACA:Tragedi Berdarah Timpa Anak Tahfiz, Van Yang Dinaiki Remuk Selepas Terbabas Rempuh Sebuah Rumah

Sementara itu, pelajar tahfiz berkenaan juga turut menerima kunjungan daripada Pengasas tahfiz berkenaan, Datuk Adnan Hashim bersama isterinya, Datin Azizah Ibrahim.

“Saya sebut di telinganya, Faiz, abi dan mama datang ni. Kami amat sayangkan Faiz. Kami yakin Faiz akan sembuh seperti biasa menjadi orang hebat dan bersama-sama abi berjuang membina generasi al-falah.

“Selesai kata-kata ini, sambil air mata mengalir laju, Faiz membuka mulut dan menggerakkan kedua-dua lengannya. Pilunya. Dan kami yakin ramai yang akan bersama kami meneruskan solat hajat dan doa agar Faiz segera sembuh,” katanya.

Muhammad Faiz Hafizzudin telah berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dan sudah lima tahun menuntut ilmu di pusat tahfiz berkenaan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli