Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sembilan Faktor Yang Menyebabkan Tanah Pusaka Sukar Untuk Dibangunkan, Menjadi Penghalang Kepada Proses Pembangunan

4 ulasan

Memiliki harta peniggalan dari keluarga adalah salah satu aset yang tidak ternilai, ia merupakan salah satu harta yang perlu dijaga, dan memastikan digunakan dengan sebaik mungkin.

Namun begitu, dalam membangunkan tanah pusaka, ia boleh menjadi sukar sekiranya terdapat perkara-perkara yang menjadi penghalang, tanpa pewaris tanah tersebut sedar.

Menerusi perkongsian dari perunding hartanah, Syakir Zainol ini, terdapat sembilan faktor yang menjadi penghalang pembangunan tanah pusaka.

Mari kita lihat akan apakah faktor-faktor tersebut.


Tahukah tuan-tuan, orang Melayu kita sebenarnya memiliki banyak tanah yang diwarisi sejak turun temurun?

Namun begitu, kenapa masih ramai lagi orang kita yang gagal memanfaatkan tanah pusaka ini untuk bina rumah kediaman sendiri sedangkan kos dan saiz rumah yang boleh dibina adalah jauh lebih murah dan luas berbanding rumah siap terbina?

Saya akan huraikan secara ringkas beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi.

9 FAKTOR PENGHALANG PEMBANGUNAN TANAH PUSAKA ORANG MELAYU

1. Status tanah yang berkongsi pemilikan

Tanah pusaka yang boleh mencapai keluasan berekar-ekar telah diwariskan secara keseluruhan kepada berbilang penama (anak-anak) tanpa melalui proses pecah sempadan.

Hasilnya mengakibatkan sekeping tanah yang luas terpaksa dikongsi secara beramai-ramai sehingga menyukarkan waris untuk membuat pembangunan di atas tanah tersebut.

2. Pewarisan secara lisan

Orang-orang tua yang terdahulu cenderung mewariskan tanah pusaka sekadar melalui lisan kepada anak-anak.

Kegagalan proses pewarisan ini untuk dibuat menurut kaedah dan peruntukan undang-undang mengakibatkan waris gagal untuk mendapatkan hakmilik sah terhadap tanah pesaka tersebut.

3. Tiada geran individu

Kesan daripada 'point' 1 & 2 di atas, waris gagal untuk mendapatkan geran individu yang sah.

Ketiadaan geran individu mengakibatkan waris tidak layak untuk memohon pembiayaan perumahan daripada bank-bank.

4. Tiada proses pewarisan yang berlaku setelah pemilik asal meninggal

Seringkali berlakunya keadaan dimana pemilik asal meninggal dunia sebelum sempat mewariskan tanah milikannya.

Kegagalan pewaris untuk menguruskan atau mematuhi proses faraid juga mengakibatkan status milikan tanah pusaka itu tergantung dengan begitu sahaja.

Wujud juga kes yang mana pewaris tidak tahu rupanya si mati ada memiliki tanah kerana dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga semasa hayat beliau.

5. Tanah tidak ditukar status

Kebiasaannya, tanah pusaka terutamanya di kampung-kampung tersenarai statusnya sebagai tanah pertanian.

Walaupun bagi setiap tanah pertanian dibenarkan untuk didirikan sebuah rumah, jarang ada bank yang menawarkan pembiayaan perumahan kepada pemilik tanah berstatus pertanian melainkan ianya telah ditukar status kepada tanah bangunan.


6. Tiada pengetahuan berkenaan pengurusan hartanah

Pewaris tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap tanah pusaka yang dimiliki untuk menjadikannya sesuai untuk dibangunkan.

Sikap kebanyakan pewaris yang acuh tak acuh juga turut mengakibatkan tanah-tanah ini berkesudahan dengan terbiar begitu sahaja tanpa diuruskan dengan sempurna.

7. Tiada kemampuan kewangan

Pewaris-pewaris tiada kapasiti dalam aspek kewangan untuk melalui proses undang-undang bertujuan untuk melakukan pecah milikan dan penukaran status tanah dengan sah.

Mereka juga gagal atau tidak sepakat untuk mencari jalan keluar kepada permasalahan ini.

8. Pewaris tidak berminat membangunkan tanah pesaka berikutan faktor lokasi

Faktor lokasi seringkali menjadi sebab utama kenapa pewaris tidak berminat untuk membangunkan tanah pesaka.

Sebagai contoh, pewaris yang tidak memiliki perancangan untuk menetap di kampung kerap kali membiarkan tanah pesaka mereka terbiar begitu sahaja.

Dalam kes sebegini, adalah lebih baik sekiranya tanah pesaka tersebut dijual kepada individu yang memerlukan manakala pewaris asal tersebut menggantikan milikan tanah itu dengan hartanah lain di kawasan yang ingin didiaminya. Melalui cara ini, milikan hartanah bumiputera dapat bertambah.

9. Wasiat pemilik asal yang tidak membenarkan tanah warisannya dipecah milik

Amalan tradisi orang-orang tua terdahulu yang sentiasa berpesan kepada waris supaya tidak memecahkan milikan tanah pusaka mengakibatkan waris-waris buntu dalam melakukan pembangunan ke atas tanah tersebut.

Sedangkan setelah matinya pemilik asal, pewaris tidak lagi tertakluk kepada amanat asal pemilik samada dari sudut undang-undang mahupun hukum-hakam agama.

Sebaliknya, pewaris adalah bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas tanah milikan mereka mengikut perancangan yang difikirkan sesuai.

SYAKIR ZAINOL
Perunding Hartanah

- Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam
  3. PUNYA MASALAH DENGAN KEUANGAN ANDA?
    SEGERA INVITE 7ABE016D ATAU KUNJUNGI WEB #Jarumpk

    BalasPadam
  4. BAGI YANG INGIN MERUBAH NASIB
    ATAU MENJADIKAN HIDUP LEBIH BERMAKNA
    BURUAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli