Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selain Dividen Tahunan, ASNB Tawarkan Hadiah Tambahan Sehingga RM500 Jika Simpan Duit Raya Anak Dalam Akaun ASB Mereka

2 ulasan
Foto: FMT

Ramadan bulan umat Islam seluruh dunia beraya nampaknya sudah melabuhkan tirai, dan kini umat Islam telah pun menyambut hari 'kemenangan' iaitu hari raya Aidilfitri.

Bagai kebanyakkan rakyat Malaysia, sudah pasti ramai kini berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka di rumah masing-masing manakala kanak-kanak pula pasti gembira mengumpul duit raya dari hari pertama sehingga ke hari ini.

Bercakap mengenai duit raya, ada ibu bapa yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sesuatu yang tidak berfaedah seperti yang diminta oleh mereka sendiri seperti basikal baru, permaianan video baru, kasut bola baru dan pelbagai lagi, ada yang juga terjadi terutamanya melibatkan anak-anak yang masih kecil, duit raya yang mereka 'pegang' hilang entah ke mana kerana sering dibawa merata tempat.


Dari membeli barang-barang yang tidak berfaedah adalah elok duit raya itu disimpan untuk tabungan masa depan mereka, ianya sudah pasti menjadi satu jaminan kewangan apabila mereka besar nanti terutamanya apabila mereka hendak menyambung pelajaran.

Apa yang paling penting kerana wang simpanan mereka sedari kecil yang telah ibu bapa mulakan, anak-anak kita mungkin tidak perlu berhutang wang pinjaman pelajaran nanti dan sudah pasti mereka tidak akan jadi seperti sesetengah kita yang kini masih giat membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Disini kami kongsikan tempat terbaik duit raya untuk menyimpan duit raya di mana tawarannya berjaya menarik perhatian kami berdasarkan faedah yang bakal diperolehi apabila anda menyimpan atau melabur tanpa perlu bimbang wang berkenaan hilang, malahan wang berkenaan kemungkinan bertambah.

Kempen Labur Ria Raya 2017 dari Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Pihak ASNB telah menawarkan peluang 'menambah' duit raya anak-anak anda yang berumur enam bulan ke atas sehinggalah remaja bawah 18 tahun ke bawah jika mereka menyimpan duit raya mereka dalam 'Akaun Remaja ASB' ataupun 'Akaun Bijak ASB 2' yang sudah sedia ada atau bakal dibuka dalam tempoh dua bulan kempen iaitu bermula 28 Jun 2017 hingga  31 Ogos 2017.

Anda tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran, penyertaan adalah automatik apabila wang tersebut dilaburkan ke 'Akaun Remaja ASB' ataupun 'Akaun Bijak ASB 2' sebelum 31 Ogos 2017.

Anak-anak anda yang menyimpan wang di dalam tempoh kempen Labur Ria Raya 2017 tersebut, mereka berpeluang untuk menerima wang raya tambahan sehingga RM500, satu jumlah hadiah duit raya yang besar bagi seorang kanak-kanak yang baru membesar.

Ini bermakna sebarang kemasukan wang pelaburan baru dalam 'Akaun Remaja ASB' dan 'Akaun Bijak ASB 2' anak anda dalam tempoh kempen ini, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan dalam empat kategori pelaburan dan setiap kategori menawarkan hadiah duit raya dengan jumlah tersendiri iaitu:

Kategori 1: Simpanan bermula RM10-RM300, hadiah ditawarkan adalah *RM50 x 500 orang pemenang yang akan dipilih secara rawak.

Kategori 2: Simpanan bermula RM301-RM500, hadiah ditawarkan adalah *RM100 x 250 orang pemenang yang akan dipilih secara rawak.

Kategori 3: Simpanan bermula RM501- RM1000, hadiah ditawarkan adalah *RM200 x 125 orang pemenang yang akan dipilih secara rawak.

Kategori 4: Simpanan bermula RM1001 dan ke atas, hadiah ditawarkan adalah *RM500 x 50 orang pemenang yang akan dipilih secara rawak.

* Hadiah kempen akan diberikan dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2.

Dalam pelaburan yang ditawarkan ASNB ini, pelabur perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti dibawah.


Seramai 925 orang pemenang akan dipilih secara rawak, ianya jumlah yang begitu ramai untuk memenangi sesuatu hadiah yang pernah ditawarkan sebelum ini, maka peluang untuk anak kita mendapat duit raya adalah tinggi.


Sebenarnya bagi admin, menang atau tidak adalah tidak penting, jika ada rezeki anak kita, dapatlah dia wang lebih, apa yang paling penting dengan simpanan ini yang diuruskan oleh ibu bapa, kita seolah-olah membina tabung pendidikan untuk masa depan mereka.

Ini kerana wang yang kita laburkan tidak akan hilang, malahan selain hadiah, wang berkenaan tetap akan bertambah apabila menerima dividen tahunan dari ASNB, jika raya ini kita tambah lagi pelaburan dalam akaun mereka, maka jumlah dividen hujung yang bakal diperolehi akan lebih tinggi. Jadilah Pelabur Bijak.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di laman Facebok Amanah Saham Nasional Berhad atau kujungi laman www.asnb.com.my.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

  2. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli