Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Digelar Badut Oleh Netizen, Datuk Seri Vida Luah Perasaan.

2 ulasan

Sebut sahaja nama Datuk Seri Vida pasti ramai yang mengenali Jutawan kosmetik tersebut. Sering muncul dengan gaya dan penampilan menarik , Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman acap kali menjadi bahan kutukan dan kritikan para netizen umpama beliau tidak mempunyai hati dan perasaan.

Jika dilihat pada luarannya, Datuk Seri Vida kelihatan tenang tapi tiada siapa sangka sesetengah ungkapan kasar yang netizen lontarkan telah mengguris hati penyanyi yang sedang hangat dengan single I Am Me ini.

“Kadang-kadang saya terkesima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar.
“Ada yang mengatakan saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya,”katanya kepada mStar Online

Jelas Datuk Seri Vida lagi, beliau bagaimanapun terpaksa menelan segala kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya dan berusaha membuktikan bahawa tindak-tanduk kelakuannya sekarang ini merupakan strategi yang dapat membantu perniagaanya.

“Yang komen negative tu mereka tak faham lagi, mari kita sekolahkan mereka,” ujarnya dalam nada bergurau.

Tegasnya, oleh kerana beliau adalah seorang yang gemar mencetuskan kelainan dalam bidang yang diceburinya, termasuk bidang perniagaan dan seni, tidak hairanlah beliau menerima cemuhan dan tuduhan syok sendiri.

“Syok sendiri apa, saya kena bekarya cara saya, tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama.

“Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah.’ Ujarnya

Mengenai single terhangatnya, I Am Me, Datuk Seri Vida menjanjikan satu kelainan dari segi penghasilan klip videonya yang bakal dilancarkan pada Ogos.

“Memang best, tak ada lagi di Malaya macam saya punya muzik videolah!,”katanya

Video lirik lagu ciptaan Edry Abdul Halim yang berjudul I Am Me kini telah mendapat lebih 600,000 tontonan di Youtube sejak dimuat naik pada 13 Julai lalu.

Sumber-mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli