Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tak Tahu Untuk Siaran Televisyen" - Gadis Buat Muka 'Cute' Cerita Kisah di Sebalik Tabir



Selepas viral wajah comelnya tersenyum sambil mengenyit mata di Internet, Norsuziyana Natasha Mohd Hashim tampil menjelaskan cerita disebalik terakamnya video terbabit.

Menurut Norsuziyana, jurugambar yang menyuruhnya membuat muka comel dan pandang kamera.

"JURUGAMBAR suruh saya buat muka 'cute', senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen."

Namun, tidak semua suka dengan kemunculan comel Norsuziyana di televisyen itu.

Norsuziyana yang merupakan anak bongsu dari enam beradik itu mengakui turut menerima kecaman sehingga terpaksa menyahaktifkan Facebook, Twitter dan Instagram, lapor Harian Metro.

"Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis itu dan dikaitkan dengan isu politik.

Menurut gadis yang mempunyai darah campuran Cina itu lagi, dia sebenarnya cuma menemani ibu yang mahu ke majlis terbabit.

"Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya dah lama meninggal dunia," katanya.

Sedih dengan komen-komen kecaman yang diterima, Norsuziyana mengakui dia mengalirkan air mata.

"Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Saya mengadu kepada ibu dan memeluknya sambil bertanya, adakah saya sudah memalukannya?

"Ibu jawab, 'tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar',"

Norsuziyana bagaimanapun menerima segala kecaman yang di terima kerana tahu keluarganya sentiasa memberi sokongan dan semangat tidak berbelah bahagi.

"Mulut orang saya tak boleh tutup. Saya reda dengan semua ini dan kakak beritahu, saya kena terima kerana ini semua dugaan.

"Sejujurnya saya tak pernah alami situasi macam ini. Orang di luar tak kenal saya, tapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya kenal saya macam mana," katanya.

Norsuziyana berkata dia bersedia untuk menceburi bidang peragaan dan bidang seni jika diberi peluang.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli