Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rupanya Dah 30 Tahun Jual Dan Hidang Daging Anjing, Restoran Diserbu Dalam Operasi Cegah Penularan Wabak Rabies

Ketulan daging anjing yang dijumpai    
kredit gambar: Harian Metro

Pihak Polis Sibu petang semalam dilaporkan telah menyerbu sebuah gerai makanan selepas premis itu didapati menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual daging anjing di Lorong Rambutan di sini, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berumur 54 tahun itu yang juga pemilik premis terbabit telah ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan berkenaan di mana dua ketul daging anjing telah berjaya dirampas.

Gerai makanan itu dipercayai telah menghidangkan menu berkenaan sejak 30 tahun lalu dan hanya diketahui selepas serbuan dilakukan hasil kerjasama PDRM, Jabatan Veteriner Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).


Menurut beliau juga, suspek telah mengaku dia terlibat dalam kegiatan tersebut, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.

Serbuan itu dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak rabies yang menular di negeri ini berikutan terdapat kes baru rabies telah dicatatkan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan terdapat satu lagi kes baru rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal dan menjadikan empat kes dicatatkan di negeri ini.

Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli