Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Risau Anak-Anak Mula Takut Dengan Sikap Panas Baran, Enam Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengatasinya

2 ulasan
Foto: laprensa

Sebagai insan di atas muka bumi ini, kita bukanlah seorang yang sempurna. Dalam satu-satu perkara pastinya ada kekurangan dan perlu diimbangi serta diperbaiki dari masa ke masa.

Begitu juga dengan sikap panas baran, yang mana sering menghantui segelintir mereka yang berhadapan dengan situasi ini.

Lebih membimbangkan, sikap tersebut mungkin akan memberikan kesan terhadap emosi anak-anak juga suami.

Perkataan ‘sabar’ sudah sebati dengan mereka yang mengalami situasi ini, dan sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan dalam mengurangkan sikap panas baran.

Mari kita baca akan apa yang boleh dilakukan.

Foto: boldnewmom

Seorang ibu mesej saya--. 

"Ji, tolong akak Ji. Akak terlalu panas baran. Cepat naik tangan kat anak-anak. Setiap hari akak tampar pukul rotan anak. Susah nak explain. Tapi akak memang tak boleh kawal. Mungkin akak warisi dari mak akak. Cara didikan yang garang dan keras. Kadang-kadang cakap suami pun akak berani lawan. Bila malam tengok anak-anak tidur, baru akak menyesal dan menangis sorang-sorang. Akak risau perangai akak ni. Takut anak-anak makin tak sayang akak. Tolong akak Ji."

Hmm.
Mesej ni betul-betul menyentak saya.

Sebab saya percaya--
akak ni tak keseorangan.
Ramai lagi kat luar sana yang sebenarnya bersikap begini.
Kan?

Betapa lemahnya kita dalam mengawal emosi.
Betapa lemahnya kita dalam soal empathy dan perasaan.
Betapa lemahnya kita dalam melawan hasutan syaitan.

Lemahnya kita --
walaupun yang dipukul dibelasah itu adalah sebenarnya orang-orang yang paling kita sayang.
Macam mana kita boleh tergamak kan?

Semua orang suruh SABAR.
Tapi macam mana nak sabar?
Macam tak relevan pulak "sabar" ni dalam rutin harian kita.
Anak-anak semua degil!

Dear parents.
Please.

Saya faham--
Kita semua stress.
Kita semua sedang bergelut.
Kita semua diuji.
Because this is dunya.
Pentas ujian.

Lupakah kita anak itu datang dengan rezeki yang dah tertulis buatnya?
Sayangnya kalau kita tak jaga mereka dengan baik, takut-takut Allah tarik balik mereka daripada kita, dan semua rezeki yang dah tertulis itu.

Lupakah kita anak itu datang sebagai tiket untuk mudah kita ke syurga Allah?
Sayangnya kalau kita rosakkan tiket tu dan sia-siakannya.
Takut-takut Allah tukarkan anak itu sebagai tiket kita ke neraka pula.
Na'uzubillah.

Foto: dailymail

Satu ketika dulu, saya pun seorang yang panas baran.
Langsung tak sukakan budak.
Bagi saya, anak-anak ni hanya menyusahkan.
Datang nak tumpang rezeki kita semata-mata.

But as time goes by, alhamdulillah--
Challenges in parenthood changed me.
Ilmu yang betul mendorong saya semula ke track yang betul.

Saya percaya, semua orang boleh berubah, dan semua orang layak dapat peluang kedua. Allah itu tak zalim. 

Malah Dia kaya dengan kemaafan dan peluang.

Foto: mykidstime

Saya nak kongsi beberapa perkara yang saya belajar, untuk bantu kita yang panas baran ni, supaya perlahan-lahan berubah menjadi lebih penyayang. 

Saya dah amalkan benda ni selama 6 tahun. Yes, saya belum sempurna. 

Tapi alhamdulillah semakin baik dalam kawalan emosi.

Allah takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak sanggup berubah. Kan?

Yang penting--
konsisten dan paksa diri berubah.
Dan Allah akan permudahkan prosesnya.

1) Setiap kali rasa nak marah, isolate yourself

Asingkan diri sekejap dari situasi kemarahan itu, as soon as possible.

Kalau terpaksa lari dalam bilik air sekalipun, silakan. Asalkan diri terasing sekejap, untuk cool down.
.
2) Kalau berdiri masih marah, duduk.

Kalau duduk masih marah, baring.
Kalau baring masih marah, ambil wudhu'.
Dah alang-alang ada wudhu', solat la 2 rakaat.

3) Berdiri atau duduk dalam posture "superhero"

Dongakkan muka, tegakkan bahu, tangan di sisi, dabikkan dada, dan tarik nafas dalam-dalam. 

Menurut kajian, posture ini membantu untuk rationalise otak dan supaya kita boleh berfikir dengan waras.

4) Panas baran itu SYAITAN

Macam mana nak lawan?
Baca doa ni--

Allahumaghfirli zambi wazhib ghoizho qolbi wa ajirni minash syaitonirrojim. 

Ya Allah. Ampuni dosaku, hilangkan kepanasan hatiku, dan lepaskan aku dari syaitan yang terkutuk. 

5) Bayangkan berada di tempat anak-anak

Bayangkan kita berada di tempat anak-anak, feel what they feel, dan bayangkan ibu bapa macam mana yang kita mahukan ketika kecil dulu. 

Reset our mind, cuba jadi ibu bapa itu, and react like you already are.

6) Mind over body. Always

Ini pesan ayah saya.
Orang yang panas baran adalah orang yang lemah mindanya.
Sebab tu most of the time, badan yang menguasai minda.
Cepat naik tangan dan gunakan kekuatan fizikal.

Dan kenapa Allah lebih suka orang yang sabar dan mampu tahan marah?
Sebab orang-orang ini lah sebenarnya orang yang kuat.
Mampu kawal minda dan kuasai keseluruhan jasadnya.

Foto: wikiHow

So macam mana nak kuatkan minda, dan jadi salah seorang yang Allah sayang? 

Ada dua cara--
1. Bersyukur

Setiap pagi, saya akan ambil my "Gratitude Book" dan tulis sekurang-kurangnya 10 perkara yang saya syukuri dalam hidup. 

Dengan cara ni, saya akan lebih "aware" dengan nikmat Allah, lebih menghargai, dan saya tahu semua yang saya ada ni hanya dipinjamkan sementara. 

Termasuklah anak-anak.

2. Penuhkan minda dengan ilmu

You are what you read.
You are what you watch and listen to.
You are what kind of people and conversations you engage in.
Minda kita terbentuk atas semua faktor di atas.
Dan apa yang ada dalam minda, akan terzahir dalam sikap dan perbuatan.

Kita tak faham kenapa kita panas baran.
Kita tak faham kenapa kita banyak hasad dengki.
Lihat semula aktiviti kita setiap hari.
Semua yang negatif, ubah.

Dear parents.
Jom sama-sama paksa diri jadi lebih baik.
Penuhi jiwa dengan kasih sayang.
We can never pour from an empty glass. Kan?

Kita semua tak sempurna.
Tapi Allah tahu kita sentiasa mencuba.

Sentiasa ingat--
yang tenang Allah sayang,
yang cepat marah syaitan sayang.

So cuba.
Cuba sabar.

Kalau satu hari nanti, anak-anak kita jadi panas baran.
Jangan salahkan orang lain.
Because it's YOU.

Dan ketika itu, tahulah kita bahawa tiket ke syurga mungkin dah bertukar halatujunya.
Na'uzubillahi min zalik.

Semoga perkongsian hari ni bermanfaat.

Sumber: Adlil Rajiah@rajiahnasir

- Siakap Keli

BACA: Api Bila Disimbah Minyak Makin Besarlah Jadinya, Sebab Itu, Ibu Bapa Boleh Cuba Gunakan Cara Ini Untuk Kawal Kemarahan Diri Juga Anak-Anak Agar Tidak Berlarutan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli