Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Malaysia Dinobatkan Juara Rancangan Masterchef Australia


Seorang wanita berasal dari Malaysia, Diana Chan telah dinobatkan sebagai juara program Masterchef Australia musim 9 yang berlangsung pada malam Isnin semalam, lapor mStar Online.

Beliau yang kini menetap di Melbourne telah berjaya menewaskan pesaingnya Ben Ungermann sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai A$250,000 (RM850ribu) berserta trofi selain bakal bergelar penulis tetap kolum masakan majalah Delicious.



Semasa pertandingan berlangsung beliau dilihat sebagai pencabar utama di mana hampir setiap episod dia masakannya berjaya mencuri hati juri selain berjaya mengawal situasi dengan baik ketika mengharungi cabaran.

Dalam pertandingan akhir itu, Diana telah menyediakan masakan hasil resepi ibunya sekaligus menjulang namanya sebagai juara Masterchef Australia 9.



Diana yang berasal daripada Johor Bahru telah berpindah ke Kuala Lumpur sebelum membuat keputusan berpindah pula ke Australia sejak 10 tahun lalu.

Selain Diana, seorang lagi rakyat Malaysia yang pernah memenangi pertandingan sama adalah Adam Liaw ketika musim kedua program itu. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli