Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Dakwa Dirogol Oleh 5 Lelaki Yang Dikenali Menerusi WeChat

4 ulasan

KOTA KINABALU, 30 Jun: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa dia dirogol oleh lima remaja lelaki dikenalinya menerusi aplikasi WeChat.

Menurut mangsa, dia mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh suspek yang berusia antara 13 hingga 18 tahun pada 14 Jun di sebuah rumah using di Manggatal.

Namun, remaja perempuan itu hanya membuat laporan polis pada Rabu lalu dan semua suspek ditangkap dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Polis berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang pada 14 jun lalu selepas mangsa dibawa oleh lima remaja lelaki yang baru sahaja dikenali selama tiga minggu melalui aplikasi terbabit.

"Awalnya mangsa menemui lima suspek itu di sebuah taman di Manggatal sebelum dibawa ke sebuah bangunan usang." kata Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra sebagaimana lapor BH Online.

"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan berkenaan dengan berjalan. Dia mendakwa cuba melarikan diri namun dihalang suspek," kata beliau.

Chandra berkata lagi, mangsa diajak berbual sebelum dipaksa berbaring dilantai dan dirogol secara bergilir-gilir di bangunan tersebut.

Kesemua suspek ditahan bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan.

Sumber: Berita Harian Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  4. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli