Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Rasa Peliklah, Cikgu Boleh Keluar Masuk, Jalan Sana Sini", Erti Kebebasan Buat Pelajar Cemerlang Sekolah Henry Gurney

3 ulasan
Gambar hiasan

Tidak semua perkara silam harus terus-menerus dijadikan sebagai salah satu sebab untuk meletakkan seseorang itu sebagai insan yang dipandang serong. Walau apa pun masa lampau yang dilakukan, tidak mustahil ia adalah pemangkin buat mereka untuk berubah.

Bagi seorang guru, yang mana membantu mereka yang tidak berkemampuan tanpa mengira latar belakang mereka, ia sedikit sebanyak mendorong pelajar ini untuk terus maju ke hadapan dan mengubah nasib mereka.

Sharifah Sharina Syed Aswad berkongsi akan kisah seorang pelajar yang mana dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran, tetapi oleh sebab kekangan kewangan, guru ini tidak mahu mengabaikan begitu sahaja pelajar ini, kerana keputusan SPMnya yang begitu membanggakan, walaupun penghuni di Sekolah.

Mari kita ikuti kisah ini.

Gambar hiasan

Kira-kira sebulan yang lalu saya dihubungi oleh seorang pegawai daripada Jabatan Penjara Malaysia bertanyakan boleh ke bantu seorang penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) yang mendapat tawaran sambung belajar kerana keluarganya tidak mampu.

Pada ketika itu tidak ada bajet khusus untuk kes seperti ini tapi bila saya diberitahu keputusan SPM penghuni itu, saya terus setuju. Masakan tidak, keputusannya sangat baik. 7A! Amatlah rugi jika tak sambung belajar hanya kerana kekangan wang.

3 hari lepas saya menghubungi semula penyelia sekolah tersebut. Saya diberitahu penghuni itu telah pun dibebaskan dengan berlesen (perlu lapor diri sebulan sekali) dan akan mendaftar di tempat belajar. Yuran kemasukan adalah hasil sumbangan yang diusahakan oleh gurunya di SHG. Yang perlu dibantu ialah belanja lain seperti barangan asrama, buku-buku, makan minum dan lain-lain sementara nak memohon zakat, yayasan atau PTPTN.

Setelah diberi nombor handphone penghuni tersebut, saya hubungi beliau. Memberitahu siapa saya dan tujuan nak jumpa. Saya akan ke sana pada hari pendaftaran. Beliau akan ke sana dengan ibu bapanya. 

Bapanya bekerja kampung, mengambil upah memotong rumput dan meracun di kebun sawit manakala emaknya bekerja sebagai tukang cuci.Dengan 3 orang adik yang masih bersekolah, pendapatan tidak menentu.

Semalam saya bertemu ibu bapanya. Kami berbual rancak. Mereka sangat peramah. Sejam kemudian, kelibat anaknya muncul. Gayanya seperti budak kadet. Berambut pendek rapat ke kulit kepala. Berkemeja siap tali leher. Lama juga lah menunggu segala urusan selesai. Hampir jam 1 petang, barulah boleh hantar barang ke asrama.

Ibunya perlu ke hospital berjumpa doktor kerana beberapa hari lepas jatuh dari motor. Jadi saya tawarkan diri untuk bawa pelajar itu ke pasaraya terdekat untuk ambil gambar passport serta beli keperluan diri yang masih belum cukup. Saya biarkan mereka bertiga berbicara. Maknya menghulurkan wang dan terdengar ayahnya berkata, "ini untuk belanja sebulan"

Dia cium tangan lalu memeluk ibunya. Kemudian dia cium tangan ayahnya lalu memeluk erat ayahnya. Lama juga mereka berpelukan. Wajah ayahnya pada ketika itu... sukar gambarkan. Saya yang melihat dari jauh pun bagaikan ada ninja memotong bawang disitu. Pelbagai pesanan dituturkan oleh ayahnya. 

Pasti perasaan mereka bercampur baur melihat anaknya berjaya sebegini jauh. Hampir sahaja menolak tawaran ini kerana tidak mampu. Setelah melalui liku-liku suram sejak beberapa tahun yang lalu...dia memulakan kehidupan barunya disini. Bebas...hampir bebas.


"Jom. Panas terik ni", saya pelawa dia masuk kereta setelah kedua ibu bapanya beredar. "Saya orang pertama ke yang cikgu tolong?", beliau bertanya sambil melangkah masuk ke dalam kereta. "Tak, bro. Kau pelajar ke-9. Tapi result paling power setakat ni ialah kau. ". Sengaja saya gunakan aku dan kau supaya dia tak rasa kekok.

Saya dan Shah Alam memang bermusuhan sejak dulu. Walhal dekat betul pasaraya tu, berpusing juga bergaduh dengan GPS. Beliau kelihatan gelisah sebab cuaca panas. "Tanggalkanlah tali leher tu, panas kot". Sampai di pasaraya, kami terus tuju ke kedai gambar. "Gambar passport ya", saya beritahu pekedai.

Sementara menunggu gambar dicetak, saya kerling ke pergelangan tangan beliau. "Takde jam tangan?". Dia geleng kepala. "Tu, gerai jual jam. Gi tengok". Beliau kaku. "Cikgulah pilih". Takpe, kau yang nak pakai. Kau pilihlah sendiri. Jam tangan bukan original, harga tak mahal mana pun.

Setelah bayar harga gambar, saya ke gerai jam. Dia pilih jam plastik harga belas ringgit. Ini tak tahan lama kot. Kau tak suka G-Shok ke?. "Suka tapi takut mahal sangat". Yang mana satu kau suka? Beliau pilih yang warna hitam muka jam besar. Terus dia pakai di pergelangan tangan. Ini kira hadiah sebab keputusan SPM bagus, saya kata padanya. Selesai bayar dan ambil resit. Jom makan dulu. Lapar ni. Cikgu tak sempat sarapan.

Lunch hour rush. Food court penuh. KFC boleh? Beliau angguk. Kau nak makan apa? "Apa apa je, cikgu". Sambil makan, banyaklah saya tanyakan pasal life dalam Sekolah Henry Gurney. "Takde apa nak buat. TV jarang tengok. Handphone takde. Tak boleh keluar. Jadi, hari-hari baca buku ajelah. Saya sempat belajar sendiri jahit seluar berdasarkan buku nota jahitan senior yang lama".

Bagus betul ye SHG. Ramai yang dapat keputusan SPM yang bagus bagus. "Rasa pelik lah, cikgu. Boleh keluar masuk. Jalan sana sini". Inilah namanya kebebasan. Hargai ia. Jangan sampai kau hilang kebebasan lagi. Beliau angguk sambil kunyah ayam goreng.

Misi seterusnya. Kelengkapan untuk hidup di asrama. Gi ambil troli sana. Ok, kau ada pensel, pen dan segala alatulis? "Takde". Ok, pilihlah mana pen kau suka. Beliau kaku. Kuis kuis plastik berisi pelbagai jenama pen. Ambil aje mana yang berkenan. Beliau ambil sepeket pen berisi 4 batang pen pelbagai warna. Ambil sepeket lagi. Nanti tak payah beli lagi.

Selesai alatulis, alatan mandi. Baldi, bekas sabun, selimut. Kemudian ke rak sabun mandi, syampu, deodorant. Ni, pencukur misai? "Tak tau yang mana satu". Aduh, cikgu pun tak tau. Belum bercadang nak ada misai. Sengih. "Yang ini mata pisaunya mahal betul". Ambil yang pakai buang dulu lah.

Biskut? "Cikgu pilihlah". Mana cikgu tau biskut mana kau suka. Pergi pilih sendiri. "Oreo lah". Beliau ambil satu bungkus. Ambil lah dua bungkus, satu mana cukup. Jajan, gula-gula, coklat? "Tak makan". Baguslah kau ni, jaga kesihatan. hehehe...

Ok next baju berkolar. Seluar slack. "Takde saiz kat sini". Aduh..takpelah, cari di luar nanti. Kasut sukan? "Pun takde pilihan". Ok cari lain. Seluar track, tshirt, seluar dalam. Settle? "Dah". Jom bayar.

Selesai bayar, singgah Bata beli kasut. Saya singgah ke kedai buku beli suratkhabar dan majalah. Tolak troli ke kereta. Punggah barang dalam kereta. Sementara tunggu enjin panas, saya tanya. Tadi mak bagi duit berapa ringgit untuk belanja sebulan? "Seratus ringgit". Aduh.... cemana nak hidup dengan RM100 aje.


Nah. Ini duit untuk beli buku, ini untuk beli barang di koperasi. Ini untuk makan sebulan. Bajet RM15 sehari, cukup kan? "Uhh..banyaknya". Harga barang dah naik, bro. Ini untuk 3 kali makan. Harap harap harga makan kat asrama kau tak mahal sangat. Kalau ada lebih, simpanlah. Jaga dompet sentiasa. Nanti dah pandai jalan ke mesin ATM di pasaraya, boleh simpan dalam akaun bank dan keluarkan sikit sikit.

Sampai di asrama, turunkan semua barang. Soalan akhir daripadanya. "Saya kena dapat berapa pointer, cikgu? Saya tak sure boleh ke dapat 3.5 pointer. Ni semua kena bayar balik kan?".

Aduh. Aku dulu mula belajar pun tak fikir pasal pointer seawal ini. Haha... Well, ini semua daripada duit zakat yang diberi oleh kawan cikgu. Tak payah bayar balik. Yang penting, belajar. Pasal pointer, nanti kita sembang. Kelas pun belum mula kan.

"Terima kasih banyak-banyak cikgu. Terima kasih kepada kawan cikgu...." beliau kehabisan kata-kata. Sama-sama. Oklah, cikgu nak kena cepat balik KL ni. Ada mesyuarat. Nanti cikgu datang lagi. Sebelum ninja datang, baik cepat gerak.

Dalam perjalanan pulang, otak saya memproses. Apabila bertahun kebebasan membuat pilihan dan kebebasan untuk kemana sahaja ditarik, memang akan ambil masa untuk suaikan semula diri kembali ke dalam masyarakat.

Sumber: Sharifah Sharina Syed Aswad, Projek Iqra'

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli