Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Pertikai Kenapa Kaki Adik Thaqif Kena Potong? Ada Persoal Kenapa Keputusan Dapat Lambat? Jom Baca Penjelasan Ini


Sebelum ini negara dikejutkan dengan satu kes melibatkan seorang pelajar tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, Kota Tinggi yang meninggal dunia selepas kakinya terkena jangkitan dipercayai dipukul pembantu warden.

Namun dalam laporan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan punca kematian adik Thariq adalah kerana jangkitan leptrospirosis atau kencing tikus.

BACA: Punca Kematian Adik Thaqif Akhirnya Terjawab, Pasukan Perubatan Sahkan Kematiannya Bukan Kerana Dirotan Atau Didera

Dilihat ramai diluar sana mempertikaikan tindakan yang diambil pihak berkuasa, ada yang mempertikaikan kenapa perlu hingga memotong kaki beliau dan ada juga yang menyoal kenapa keputusan begitu lambat didedahkan.

Jom kita baca penjelasan dari pihak  Root Of Science ini.


Setelah beberapa bulan berlalu, keputusan berkenaan punca kematian adik Thaqif telah pun keluar. Ia disebabkan jangkitan kuman leptrospirosis yang juga dikenali sebagai kencing tikus. Ia dirumitkan lagi dengan keadaan yang dipanggil sebagai nekrosis kulit iaitu dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Purpura Fulminans dan juga pembentukan darah beku mikro(Microthrombi) yang berlaku di seluruh saluran darah.

Pelbagai spekulasi yang dikeluarkan oleh Netizen sebelum ini. Ada yang mengatakan kematian adik Thaqif disebabkan pukulan yang diterima pada kaki adik Thaqif. Disamping itu ada juga yang mengatakan ia disebabkan kuman kusta yang aktif setelah pukulan pada kaki adik thaqif.

Setelah keputusan forensik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dikeluarkan, pelbagai spekulasi lagi dinyatakan oleh Netizen. Sebagai contoh mempersoalkan kenapa kaki Adik Thaqif perlu dipotong sedangkan dia hanya mempunyai jangkitan kuman kencing tikus, kenapa keputusan dapat lambat, kenapa itu dan kenapa ini.

Mari kita kupaskan satu persatu berkenaan apa yang dihadapi oleh adik Thaqif

Adik Thaqif menghidapi penyakit apa sebenarnya?

Kami telah membuat post sebelum ini berkenaan dengan apa yang mungkin di alami oleh adik Thaqif. Iaitu dia mungkin mengalami Disseminated Intravascular Coagulopathy. Ini disebabkan jangkitan kuman yang sangat teruk dan dalam hal ini penyebab kepada perkara tersebut adalah kuman leptospirosis.

Ini bertepatan dengan simptom dan tanda-tanda yang telah dialami oleh adik Thaqif yang diceritakan sendiri oleh Ibunya.

Simptom dan tanda yang dialami oleh adik Thaqif.

Bengkak pada kaki adik thaqif sangat pelik. Ini kerana ia melibatkan dua belah kaki dan ianya merebak pada bahagian bawah lutut. Seolah-olah berlakunya pendarahan dibawah kulit. Jarang untuk orang pukul pada tapak kaki tapi bengkak sampai naik ke atas. Kemungkinan dia mengalami pendarahan yang teruk disebabkan darah tidak dapat membeku.


Gambar sebelah kiri menunjukkan bengkak yang dialami oleh Adik thaqif yang merebak sehingga ke kawasan bawah lutut. Sumber Gambar: Sinar Harian online

Didalam jangkitan kuman yang teruk (severe sepsis) keadaan darah yang tidak dapat membeku boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai Disseminated Intravascular coagulopathy. Ketika ini, terdapat 
kecelaruan di dalam sistem pembekuan darah. 

Ia menyebabkan penggunaan protein pembekuan darah berlaku di seluruh badan sehingga mana menghasilkan darah beku yang dipanggil sebagai Microthrombi. Setelah mana protein pembekuan habis digunakan, jika adanya pendarahan berlaku di dalam bahagian badan, ianya tidak akan dapat membeku. 

Hasilnya pesakit akan mempunyai risiko untuk berdarah di seluruh bahagian badan termasuk pada bahagian kaki

Apakah itu Purpura Fulminans?

Ia merupakan keadaan dimana berlakunya pembekuan darah yang teruk di saluran darah bahagian kulit sehingga menyebabkan kematian saluran darah tersebut. Saluran darah yang mati akan pecah menyebabkan darah daripada dalam saluran darah keluar ke dalam kulit. 

Perkara tersebut akan menyebabkan kulit kelihatan lebam disebabkan darah yang terkumpul dibawah lapisan kulit. Bahkan ia juga akan menyebabkan kulit di bahagian tersebut mati juga. Keadaan inilah yang dilihat pada kaki adik Thaqif.

Kenapa kena kencing tikus sampai kena potong kaki?

Sangat jarang mereka yang kena jangkitan kuman leptospirosis boleh menyebabkan gangrene pada bahagian kaki. Tetapi ia boleh berlaku dalam DIVC kerana keadaan DIVC boleh menyebabkan sumbatan yang teruk pada saluran darah hingga menyebabkan tiada darah yang disalurkan pada bahagian kaki.

Ini menyebabkan sel pada bahagian kaki mati dan menjadi gangrene. Sel yang telah mati sangat sesuai untuk pembiakan bakteria. Mungkin disebabkan perkara itu doktor yang merawat membuat keputusan untuk membuang kaki yang sudah gangrene dan dijangkiti kuman untuk menyelamatkan nyawa pesakit

Kenapa lambat sangat dapat keputusan?

Ketika membuat penyiasatan forensik, pelbagai sampel akan diambil dan dihantar pada jabatan kimia mahupun jabatan lain. Perlu diketahui bahawa jabatan tersebut bukan melakukan penyiasatan pada sampel adik Thaqif sahaja tetapi terdapat beratus sampel daripada kes forensik mahupun kes perubatan yang lain.

Malah untuk melihat keadaan samada ia melibatkan trauma ataupun tidak, sampel kulit perlu diambil dan dilihat bawah mikroskop. Jabatan histopatologi iaitu jabatan yang terlibat dalam melihat sampel dibawah mikroskop memang selalunya mengambil masa 2-3 bulan untuk mendapatkan keputusan.

Pada ketika ini, ia bukanlah sampel yang ‘urgent’ seperti sampel untuk pengesahan kanser. Maka, untuk sampel tersebut di analisa selama 2- 3 bulan adalah sesuatu yang normal kerana banyak sampel lain yang sedang menunggu gilirannya untuk diperiksa.

Di dalam sampel adik Thaqif mungkin kelihatan microthrombi di dalam saluran darah. Sebab itu, laporan daripada KKM ia menyatakan spesifik tentang kehadiran ‘Microthrombi’.
Kesimpulan:

Kesimpulan yang kami dapat berikan adalah kes tersebut bukanlah disebabkan penderaan yang diterima oleh adik Thaqif tetapi jangkitan kuman leptospirosis yang menyebabkan semua simptom di atas.

Walaubagaimanapun, tidak sepatutnya seseorang kanak-kanak itu didera sedemikian rupa jika benar perkara tersebut berlaku.

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan keputusan berkenaan kes adik Thaqif, netizen masih mengeluarkan pelbagai spekulasi yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Seperti biasa spekulasi hanyalah spekulasi. Kebanyakkan mereka tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan.

Kepada keluarga adik Thaqif, kami mengucapkan takziah lagi sekali terhadap pemergian adik Thaqif. Semoga dia menjadi pemberi Syafaat kepada kedua ibubapanya di padang mahsyar kelak. - Root Of Science

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli