Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Jadikan 'Pinggan Viral' Bercorak Sebagai Bekas Letak Makanan, Bahaya" - Pakar



KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan bayi dinasihatkan supaya berwaspada menggunakan pinggan mangkuk yang beraneka corak yang tular di media sosial kini, lapor mStar Online.

Dr Nor Asrina Sairi yang merupakan seorang Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya (UM) berkata, kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.

“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.

“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya.

Kini tular di media sosial gambar pinggan mangkuk yang bercorak menarik dan dijual semurah 50sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.

Beliau menegaskan bahawa pinggan mangkuk berkenaan hanya sesuai dijadikan koleksi hiasan dan bukannya untuk digunakan sebagai bekas makanan, ini kerana  plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.

“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.

“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam

  2. Join bersama kami di agen terpercaya dan terbonafit plus Freechips Setiap hari nya hanya di KELINCI99 silahkan..PIN : 2B1E7B84

    BalasPadam
  3. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli