Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penulis Komik ''Aku Hidup Dalam Blues'' Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Penulis komik terkenal "Aku Hidup Dalam Blues", Azzam Supardi dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital UiTM Sungai Buloh, lapor Utusan Online.

Azzam yang lebih dikenali dengan nama Toyon dilaporkan telah dimasukkan ke hospital sejak 24 Jun lalu dan terpaksa meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di hospital.

Menurut rakan perjuangan beliau, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang telah dibawa pulang ke rumahnya di Suajana Utama dan akan diuruskan di Masjid a-Nur, Saujana Utama.

Apa yang menyedihkan, catatannya di laman Fecebook berbunyi "aku penat...aku letih...bantu aku...tolong aku...dapatkan kembali tidurku yang hilang," rupanya tanda beliau akan pergi 'tidur' untuk selamanya.


"Aku Hidup Dalam Blues'' merupakan siri komik  yang amat terkenal pada tahun 90-an merupakan hasil kerjasama Toyon dan pelukis Shaari Sulong yang dikenali dengan nama Aie.

''Aku Hidup Dalam Blues'' antara komik yang dimuatkan dalam majalah kartun Ujang, komik itu kemudiannya dikumpulkan dan diterbitkan menjadi buku. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mau main b0la? Daftar disini F4n$ B3TT1nG
    Aman & Terpercaya :)

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli